Thursday, July 17, 2014

ENTRI YANG TAK HABIS DITULIS...I HAVE NO IDEA

30/5/2014
10:42 am

Salam,

"Mama coklat yang warna purple tu tak boleh makan dah yer...cikgu cakap" terpancul soalan dari anak kedua, Adam. Saya katakan yer..Adam dah tak boleh makan coklat tu...ada benda tak elok dalam kandungannya. Alhamdulillah Adam faham kenapa coklat yang jadi kegemarannya itu tidak boleh dimakan lagi.

Oh! memang anak kedua saya ini seorang yang coklat lover. dia memang suka giler dengan coklat, aiskrim, kek keju, kek coklat dan seumpamanya. perangaainya mungkin ikut En. Abah yang juga penggemar coklat dan aiskrim (dalam peti sejuk mesti ada stok asikrim).

Dan bila tak boleh makan coklat warna purple itu saya seperti kasihan padanya. Coklat itu memang mernjadi feberet terutama yang dibungkus kecil-kecil. Dalam hati saya berkata 'bukan mama tak kasi tapi dah tak boleh makan..."

Entri ini ditulis pada bulan lima hari itu. Ketika satu negara kecoh pasal coklat warna purple ini....bila nak sambung balik..i have no ide..

Apa yang pasti, selepas kejadian itu, saya bukan lagi pembeli tegar coklat purple ini. Walaupun rasanya sedap, tetapi biarlah dulu. Walaupun pelbagai iklan dibuat untuk memberitahu bahawa ianya kini berstatus halal dulu, kini dan selamanya.

Malah saya juga tiada kesahihan bila mana ada yang mendakwa sebenarnya isu ini diperbesarkan kerana ia adalah satu konspirasi untuki menjatuhkan orang Islam. Ermmm...macam-macam dan saya juga sudahkan entri ini begini sahaja...


Hot Mama Reen
18/7/2014
9:32 AM

Friday, May 16, 2014

CERITA SEHARI BERGELAR GURU & MORNING SICKNESS...

16/5/2014
12.06 pm


Salam...
Terpanggil untuk menulis entri ini memandangkan hari ini rasanya cukup istimewa buat warga pendidik. Mana tidaknya hari ini adalah hari kebesaran mereka sempena Hari Guru. Ramai juga teman-teman yang jadi guru@cikgu@pendidik dan macam-macam lagi gelaran.




Teman-teman yang sama-sama belajar di USM, sebahagiannya bergelar pendidik...
Selamat hari guru uolsss.


Cuma memang saya tidak dijodohkan untuk menjadi guru ataupun bertemu jodoh dengan guru. Tetapi saya juga ada pengalaman bergelar guru untuk satu hari. Saya masih ingat ketika itu di Sunway dan sekolah yang saya dapat untuk menjadi guru sementara itu adalah sekolah Cina. Tetapi hanya mampu bertahan satu hari sahaja dan saya memang tidak betah untuk bergelar pendidik.

Biarlah teman-temkan saya yang ambil satu kursus iaitu Mass Comm in Journalism/ Broadcasting tetapi mengubah haluan jadi guru. Kepada Cikgu Cak, Enn, Zie, Sudir dan lain-lain., semoga korang semua selesa dengan geralan yang akan dibawa hingga akhir hayat. Banyak pahala korang tau.

Sebenarnya ada idea lain yang mahu saya coretkan di entri ini. Saya ingin bercerita tentang kehamilan. Opss bukan saya yang mengandung tau kerana saya sudah .... Ini sebahagian cerita kepada teman makan kami Mama Itt.

Sejak mendapat berita dia mengandung (dalam usia mencengah 4 siri) kami semua gembira. Bukan apa, dia pastinya teruja untuk mengandung semula setelah hampir 9 tahun setia dengan 'handbang' lama. Pastinya nanti semuanya akan serba baru dan rasa teruja yang amat sangat.

Cuma saya kasihan pada Mama Itt yang dilanda morning sickness yang agak teruk (katanya start pada kehamilan anak pertama dan keduanya lagi). Ketika artikel ini ditulis, Mama Itt sudah hampir seminggu MC dek sebab tidak larat. Kami yang pergi ke rumahnya semalam kasihan melihat keadaan bakal ibu ini. Lembik dan katanya lebih enak berbaring sahaja.

Nak tengok TV pun tak lalu, apatah lagi masuk dapur ataupun memasak. Tekak terasa tidak mahu makan apa-apa dan katanya lagi lebih enak baring sambil menelan sedikit askrim ataupun bubur. Semoga Mama Itt terus bertahan untuk membawa seorang lagi khalifah Allah ke dunia yang indah ini.

Cuma saya cuba bandingkan dengan diri saya. Alhamdulillah, saya tidak merasai alahan itu. Cuma sekadar sedikit loya pada tekak (itupun pada bulan-bulan pertama). Selepas itu saya macam biasa. Setiasa bertenaga dan ceria. Daripada anak pertama hingga ke empat.

Mungkin ketika itu saya menghadapinya seorang diri (memandangkan En Abah masih kerja di Pantai Timur) dan Allah memberi sedikit keselesaan & kelonggaran untuk melalui semua itu. Dan apabila diuji peristiwa tahun lepas, saya tertanya-tanya, kenapa ia jadi pada saya.

Teruk rupanya morning sickness ini. Mendengar cerita teman-teman lain juga begitu. Setiap saat mahu muntah. Atau petang sahaja mahu keluar isi perut. Lebih teruk tudak boleh pandang muka ataupun bau suami. Setakat tidak boleh masak, bisa diatur boleh makat diluar. Ada juga yang langsung tidak boleh mekap dan wajah dibiar polos. Tidak macam saya dulu, kata orang mekap tetap mampan.

Sentiasa posing. Kami bersama hadiah Al-Quran, sumbangan Big Bos KMK...

Saya ingat bila anak pertama sahaja kita mengalami alahan ini, tetapi rupa-rupanya tetap sama sama ada kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya. Ye, saya bersyukur tidak mengalaminya. Jauh di sudut hati saya macam nak rasa tetapi dalam usia begini mampukah saya bertahan?

Apa-apapun saya harpkan teman makan kami Mama Itt sentiasa sabar dengan ujian Tuhan ini dan pastinya bayi comel yang dinanti akan menceriakan kehidupan Aliya, Aiman dan pastinya suami tersayang.

Hot Mama Reen
12:23 pm

Friday, May 2, 2014

CHECK-IN HOTEL GARA-GARA CATUAN AIR...

3/5/2014
9.31 am


Salam,

Sudah lama saya pendam keinginan untuk menulis...dan hari ini sempena harijadi anak ke 2, Syed Adam Hakimi yang masuk 8 tahun...saya gagahkan diri membuka lappy dan jari-jari mula menari.

Sebenarnya banyak benda nak dicurah, tetapi kengkangan masa dan faktor lain menyebabkan niat yang satu itu tertunda. Namun hari ini dan apatah lagi bila melihat sifu Netty sudah kembali aktif berblog kembali (mungkin masanya yang hilang sebelum ini sudah jumpa), melihat beberapa entri di laman FBnya, terciptalah entri ini.

Hari ini menurut pekeliling yang saya terima mengatakan catuan air akan berakhir. Dan saya menunggu dalam debar apakah benar pekeliling itu. Kalau tidak pukul 9 pagi sahaja, air sudah ditutup. Dan kini (merujuk waktu saya menulis), jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dan air tetap keluar. Biasanya air akan dicatu selama dua hari dan kemudian barulah akan ada air semula.

Sepanjang hampir dua bulan air dicatu, saya akui memang agak payah. Mula-mula tu kami anggap perkara biasa. Lama-lama saya jadi fedup. Banyak benda tertangguh nak dilakukan gara-gara ketiadaan air ini.

Nak membasuh kain, basuh pinggan hatta memasak juga perlukan air yang banyak. Malah jika ada sesiapa nak datang rumah pun saya tak benarkan. Bukannya tak suka acara lepak-lepak ni, tetapi leceh bila keperluan air tiada.

Kami sekeluarga pula hanya harapkan air tangki untuk  mandi basuh pinggan dan segalanya untuk tempoh 2 hari itu. Kalau orang lain stand by botol, baldi atau tong besar tetapi kami memang harapkan air tangki semata-mata.

Gara-gara harapkan air tangki jugalah menyebakan kami terpaksa check in di hotel. Bukan nak berlagak kaya, tetapi itu hakikatnya. Cerita dua minggu lepas, balik dari kerja, anak-anak saya kerah mandi. Tetapi diorang menjerit mengatakan 'mama air takde'.

Saya ingat diorang main-main, sekali saya periksa, memang betul air tak de. Padahal itu hari pertama air takde. Masakan air tangki tidak mencukupi untuk kami enam beranak. Bayangkan setitis air pun takde. Setelah diselidik En Abah, rupa-rupanya air tidak dipum sebaiknya menyebabkan tangki kosong.

Memandangkan esok budak-budak masih bersekolah dan kami pula bekerja, jadi nak tak nak hotel adalah persinggahan terbaik. Memang boleh tumpang mandi rumah adik yang tinggal berdekatan, tetapi takkan esok pagi-pagi nak ketuk rumah dia.

Ketika En. Abah cadangkn lepak di hotel saya cuma ketawa dan rasa membazir. Tetapi setelah dipikir, itulah cara terbak untuk kami semua bersiap ke tempat masing-masing.

Walaupun hanya beberapa jam sahaja berada di hotel, tetapi sekurang-kurangnya kami dapat mandi, solat dan juga berehat seketika sambil melupakan masalah air untuk seketika.

Apabila bercerita dengan teman-teman pejabat ramai yang kata 'tula apasal tak tadah air'. Memang silap kami, tetapi tak sanggup rasanya tadah air setiap dua hari untuk jangka masa dua bulan itu.

Ramai yang marah pimpinan sedia ada berhubung masalah air. Kata mereka biar tak ada elektrik daripada air. Huh..bagi saya sama je air atau elektrik. Jika duduk di kampung, tak de elektrik tak apa lagi kerana cuaca sepoi-sepoi bahasa. Tetapi di bandar, macam terkepung dalam oven jika tiada kipas.

Dan ketika artikel ini ditulis (jam 10:23 pagi) air masih ada. Hati saya mula senang kerana jika sudah melepasi jam 9 pagi dan air masih keluar itu tanda catuan sudah berakhir.

Walaupun catuan dikenakan tempohari, hidup tetap diteruskan seperti biasa. Kita terpaksa bekerja, anak-anak pula kena kena sekolah, ada yang bercuti dan sebagainya. Kata orang tak de air tak efek apa pun. Itu sudah lumrah kehidupan. Takkan nak bersedih sebab air tak ada kan...

Apa-apapun itu semua kuasa Tuhan. Mungkin Tuhan tak tunjukkan kita sesuatu yang selama ini kita alpa. Maklum bila hujan turun je mulalah bebel 'alamak kereta baru basuh', 'habislah becak sana' sani' dan 'hish, sebab hujan susah nak pergi mana-mana'.

Hakikatnya, bila hujan turunlah air di empangan Klang Gate ke, Hulu Langat ke air akan naik dan berada pada paras mencukupi. Justeru, sama-samalah kita muhasabah diri dan ingat kes ketiadaan air ini adalah suatu masalah yang kecil, tetapi akan jadi besar bila ia berterusan (hujan tidak turun).

Mungkin lepas ini jika catuan air dikenakan lagi, kami anak beranak akan check in hotel lagi...gara-gara pum tidak berfungsi dengan baik.


Hot Mama Reen
10:34 am


Thursday, March 27, 2014

FENOMENA CRUMPLE SHAWL...BEGITU MENGUJAKAN

21/3/2014
3:02 pm

Salam,

Dah sekali menulis, memang kita akan jadi gian. Baiklah kali ini saya nak tulis sesuatu yang saya sangat suka. Apalagi iaitu pasal fesyen. Sebelum ini saya ada tulis mengenai fenomena 'glitter shawl' yang menjadi pilihan dan mainan penggemarnya.

Dan kali ini mengikut pemerhatian saya, crample shawl pula mendominasi fesyen. Jika melihat perkembangan tren ini di pejabat saya, semua teman-teman, Eizan, Linda, Anis, Wawa, Seda, Fasya Fazida yang turut menggilai crumple shawl ini.

Geng crumple shawl...Ida & Linda..senang kan pakainya...
Bukan mereka sahaja, saya juga tuidak terkecuali. Apatah lagi harganya cukup murah RM10. Dan saya percaya jika beli di jalan TAR, pasti harganya jauh lebih murah. Memang sebelum itu saya tercari-cari shawl jenis ini. Saya jenis yang 'rock' (rock ke...) dan simple...so shawl begini memang kena dengan jiwa saya.

Bagi saya jika mahu yang proper (selendang meletop & kemas), adalah untuk tujuan pergi dinner or majlis orang kahwin. Di pejabat shawl sempoi memang jadi pilihan. Belum lagi tengok pergi pasar, hehe..tudung sarung je lagi senang untuk digayakan.

Sebelum ini memang sya ada beberapa koleksi crumple shawl ini. Cuma ianya bercorak. Dan saya memang nak cari yang pelbagai warna. Apatah lagi bila buka IG Jojie (saya jadikan dia idola dalam pemakaian selendang, sebab gayanya yang selamba), dan cantik Jojie memakainya dengan hanya meletakkan di kepala. Apa yang penting menutup aurat.

Berbalik yang tadi, saya borong tudung dari seorang staf remaja (Uzma) sampai lima helai. Semua color yang best saya rembat, hingga menimbulkan rasa tak puas hati Anis (jangan mare ye Anis). Memang tudung ini cukup senang dan mudah untuk digayakan. Tanpa iron, crumple shawl ini memang memikat memikat hati.

Rasanya tren crumple shawl ini dan lama (saya sudah memilikinya sebelum itu) tetapi apabila penyanyi no 1, CT memakainya, selendang itu kembali popular. Betullah tarikan personaliti itu penting dalam mempengaruhi orang untuk memakainya. Dan terbaru CT juga telah dilamar menjadi Ikon bagi tudung Ariani, satu jenama popular. Perkembangan yang bagus apatah lagi CT menjadi ikon fesyennya.
 
Salah satu koleksi crumple shawl saya..momen bersama owner 'terlajak laris' Datuk Syukri di kediamannya
dan geng2 editorial Grup Majalah Karangkraf.

Satu keputusan yang bijak di ambil oleh kedua-duanya kerana baik CT ataupun Ariani punya pengaruh yang kuat. Memang senang nak gayakan crumple shawl ni..lilit-lilit sahaja dan penampilan tampak cantik. hehe..tak caya jom kita tengok gambar-gambar saya bersama teman-teman menggayakan crumple shawl ni.


Hah..ni pulak antara crumple shawl yang mula-mula ada dalam koleksi, time Karnival Karangkraf, temaSafari...
with beutiful owner of Malady Couture, Mass Mohammad.

Murah atau mahal, terpulang pada seseorang itu. Jika murah tetapi gaya memakainya cantik, pasti akan jadi tarikan orang lain untuk memakainya. Bukan saya katakan tidak pada satu jenama ini (memang popular) tetapi, tudung begitu bukan taste saya. Lebih selesa (bagi saya) menggayakan selendang atau tudung yang senang untuk digayakan. Tepuk dada tanya selera. Apa yang penting kita menutup aura kannnn...

Hot Mama Reen
3:46 pm
27/3...(abaikan date ini, kerana selang beberapa hari baru continue tulis)...

Thursday, March 20, 2014

MINGGU KALUT - ANTARA MH370 & AQIL

19/3/2014
2:06 pm

Salam,

Huh..lamanya rasa tidak menjenguk blog. Kalau rumah tak masuk lama sure dah bersarang. Memang ada terfikir untuk buka blog ini, tetapi macam-macam halangan menyebabkan sukar untuk konsentrate menulisnya.

Dan minggu lepas juga macam-macam dugaan serta peristiwa yang dialami. Pertamanya kes kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan ramai pihak. Bayangkan kapal boeng 777 itu membawa 239 termasuk krew dan penumpang hilang tanpa dapat dikesan. Ada antaranya memang saya tidak kenal, tetapi kenalan kepada kawan-kawan di opis.


Terlantar sakit..si gemuk ni...(kaki tetap stail)..
Memang terkesan dengan peristiwa yang sukar untuk diduga dek akal fikiran. Malah saya juga antara penunggu setia depan TV untuk mengetahui perkembangan terkini di Astro Awani (jadi pilihan memandangkan ada siaran langsung). Dan masa itu juga saya rasa macam nak melanggan siaran CNN, BBC, Aljazeera ataupun stesen tv lain dari negara asing (untuk dapatkan xtra berita).


Pada masa sama juga, kami sekeluarga turut diuji Tuhan apabila anak ketiga, Aqil dimasukkan ke hospital. pada mulanya si gemuk ini (panggilan untuknya) hanya demam biasa. Tetapi hampir tiga hari demamnya tidak kebah dan dia mula memuntahkan dirinya.

Tak nak makan..so lalu main ipad sahaja...
Malah dia juga yang selalunya makan tak hengat dunia, tiba-tiba tak lalu nak makan. Seleranya bagai hilang. Sualah apa sahaja makanan, Aqil akan menolaknya. Saya mula risau dan saya dan En Abah terpaksa membawanya ke hospital.

Setelah diperiksa, apa lagi Dr Roliza dari DEMC (dirokemen oleh Intan Jastina), dia suruh check-in. Bermulalah sesi 'kelam kabut' sepanjang Aqil berada di dalam wad.

Oleh kerana En Abah baru bercuti, jadi nak tak nak terpaksa saya korbankan diri untuk bercuti menjaganya di wad. Walaupun dihambat kerja yang mengejar deadline, tetapi saya cuba untuk 'manage' masa itu.

Seawal pagi saya gigih ke pejabat dulu dan kemudian barulah seharian di hospital menjaganya. Saya bersyukur kerana teman-teman sekerja (Team Pesona Pengantin) begitu sporting dan bersedia menolong saya apa yang patut.


Kena buat saluran untuk masuk air..sian Aqil.
Sebelah malam pula, saya pulang ke rumah dan turn En Abah menjaga Aqil. Walaupun Aqil macam tak nak saya pergi, tetapi saya perlu pula memberikan masa untuk Aiman kerana dia masih 'mengempeng' saya. Saya juga perlu sediakan kelengkapan sekolah anak-anak untuk keesokan harinya.

Hampir tiga hari tiga malam rutin saya dan En Abah begitu. Aqil memang sudah mula sihat tetapi dia tak nak makan. Saya bimbang kerana dia memang seorang yang kuat makan. Pantang saya makan apa, dia akan mntak.

Teman-teman opis suruh saya pujuk dengan belikan dia apa yang dia suka makan, tetapi semuanya tak jalan. Nasi ayam KFC, wedges, aiskrim semua Aqil pandang sepi. Seleranya bagai ditutup. Memang minggu itu saya cukup stress, namun saya cuba berlagak senyum dan terus bertabah. Belum lagi berdepan dengan sikapnya yang tidak mahu makan ubat dan mengamuk apabila disuruh.


Masuk 2 botol gara-gara tak nak makan dan minum
Dan saya rasa juga sebagai nurse, perlu berhadapan dengan sikap budak-budak yang sukar atau mengamuk ketika makan ubat. siapalah suka makan ubat, apatah lagi time sakit. saya perhatikan nurse itu bersikap seperti marah atau dalam erti kata lain fedup berhadapan dengan kerenah budak-budak yang agresif sebegini.

Ye mungkin dia penat atau bosan setiap hari menghadapi sebahagian kerenah budak-budak. tetapi itu adalah tanggungjawab dia. dia diberi gaji dan perlu laksanakan sebaik mungkin. Jika malas, baik tak payah kerja, elok duduk rumah goyang kaki sahaja.

Setelah hampir lima hari rawatan, Aqil boleh keluar dan saya menarik nafas lega. Terasa rutin harian saya kembali seperti biasa. Walaupun ketika balik ke rumah, dia masih tak mahu makan dan saya sekali lagi di 'pow' membeli mainan kegemerannya. demi anak saya ikutkan jua dan memang saya beralah.

Dia juga tidak mahu ke sekeolah (ketika artikel ini)..mungkin sebab dah lama tidak ke sekolah. Macam-macam saya taburkan dan alasannya takut muntah, sakit perut dan macam-macam lagi. Memang saya ikut sahaja kehendak si gemuk ini kerana keadaan dirinya yang tidak sihat sepenuhnya. One more thing, bila dia tak sihat memang sedih tengok sebab lembik semacam, tetapi bila energy sudah mari...ermmm suara petir ini sahaja yang kedengaran.

Kecik dunia ni...punya chat dalam group wstup..last2 jumpa kat DEMC, si cantik Dayod, anaknya pun sakit supek denggi. Dayod pesan ambik Habbatus Sauda.
Saya akui bila anak sakit, banyak perkara lain terjejas. Maksud saya perkara yang sudah kita rancang sebelum itu terpaksa di kansel. Apapapun apa yang berlaku ada hikmahnya. Macam saya dan En Abah, kami perlu 'put aside' benda-benda lain dan perlu saling bantu membantu dalam urusan rumahtangga. Maklum bibik tiada dan 'bibik ini (merujuk diri saya) pula kena uruskan orang sakit. Memang minggu lepas mingu yang betul-betul hot ketika itu. Bukan sahaja hot mengenai diskusi ke mana hilangnya MH370, tetapi juga hot berhadapan dengan kerenah Aqil yang sakit....

Hot Mama Reen
5:20

Monday, February 24, 2014

ENTRI 'PANAS ENJIN'

24/2/2104
4:57 pm

Salam,
Huh...lamanya saya tidak menulis di blog ini. Bukan sahaja tidak menulis malah menjenguk pun bagai tidak mahu. Padahal carian internet lain saya boleh pula layarinya.

Entahlah saya pun tidak tahu sindrom apa yang melanda diri. Sebulan yang lalu, idea begitu mencurah-curah untuk membuat entri baru. Tetapi (bila kerja mengejar deadline) saya mula tidak berminat untuk menulis dan membuka blog.

Ingatkan saya seorang sahaja berperasaan begitu, rupanya teman-teman blog lain seperti cikgu netty dan teman seshopping mama itt http://hasnitasawal.blogspot.com/ juga sama. kata mereka, memang dah lama tak jenguk blog apatah lagi tulis entri baru.

Dan hari ini sambil dilayani lagu dari penyanyi kegemaran saya Celine Dion, jejari saya mula laju menari di papan keyboard. Aduss....banyak ide tetapi as usual saya suka tulis sesuatu yang simple dan sweet. Otak saya bergerak laju (macam gerabak MONOREL) mencari idea terkini untuk saya lakar di blog..ikutkan banyak momen yang ingin saya kongsi dengan pengikut setia blog ini (ada ke pengikut?) Hehehe, harapnya ada kerana saya kini sudah ada 4378 yang rajin buka blog tak seberapa ini.




Tatkala saya buka blog ini, saya terkejut melihat grafnya. Percaya atau tidak, walau tiada entri tetapi graf yang membuka blog ini cukup tinggi (lagaknya seperti graf jika ada entri baru yang saya tulis). semangat itu mula muncul dalam diri ini.

Ye betul, mood untuk menulis bukan boleh dipaksa-paksa. ia secara semulajadi. jika tiada mood, walau depan kita ada gajet (smart phone or ipad) tangan tetap kaku kematu. Baik saya tekan remote TV melihat cerita kegemaran atau melayan kerenah Aiman yang semakin laju jalannya (dah dapat kaki).

Aiman yang makin seronok diajak bermain oleh abang2 dan kakanya.

Perasaan saya sedikit lega apabila berjaya selesaikan 20 sec (majalah Pesona Pengantin) dalam masa yang ditentukan. Biarpun berdepan beberapa cabaran getir untuk menyiapkannya. Saya minat kerja itu dan akan saya teruskan selagi ia tidak terlalu membebankan.

Bagi saya blog ini untuk kita berkongsi kisah apa sahaja (opsss bukan yang peribadi, kerana En Abah tidak suka ia dikongsikan). Dan esok, esok dan esok saya akan bercerita mengenai perihal anak-anak, movie yang saya tengok (latest saya tonton filem Agro-menang best picture dalam OSCAR 2013) dan apa sahaja yang terlintas dan terpandang di mata.

Rasanya cukup untuk hari ini, kerana fikiran saya tidak boleh berfikir lagi (untuk benda-benda lain). Biarlah ini dikatakan entri 'panas enjin' agar saya terus diberi semangat dan kekuatan untuk terus menitipkan nota-nota cinta di sini. Buat rakan-rakan blogger saya, Netty, Izan, Mama Itt, Intan, ayuh teruskan nota-nota cinta dalam blog ini.


Cerita dua minggu lalu ketika kemeriahan Karnival Karangkraf 2014...

*Memang tidak guna banyak masa untuk menulis, tetapi ia perlukan satu mood yang sukar untuk diluahkan (curahan idea).

Hot Mama Reen
5:09 pm

Friday, January 24, 2014

PENANGAN ARIANA ROSE...NAK KAHWIN SIMPAN DUIT



21/1/2014
10:56 am

Salam,

Sampai saat ini saya begitu feeling dan hati sedikit sayu mendengar lagu yang saya kira cukup trending sekarang, Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah. Ini disebabkan gara-gara drama Ariana Rose yang sedang bersiaran sekarang ini.

Saya mula start follow cerita ini dari episod 2. Saya mula jatuh cinta dengan hero dalam cerita ini Keith Foo (dia ni orang Malaysia tetapi lama duduk di Indonesia & berbangsa Cindian katanya) dan juga sebab nama watak utama adalah Adam (my 2nd boy dan dia juga hensem macam Keith Foo-bila besar nanti).

Biarpun tak sempat melihat jam tujuh tetapi saya akan kuatkan semangat layan di tonton biarpun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, sambil ditemani my 3rd boy, Aqil. Dan dari hari-ke hari saya semakin tak sabar nak tengok episod seterusnya (macam cerita LYMA-saya kira lagi best dari drama itu).

Dan semalam saya sempat tengok episod 16 dan scene bagaimana Ariana bercerita dengan Uminya mengenai persiapan perkahwinan yang diatur keluarga dan dalam masa tiga bulan lagi.

Sebagai seorang ibu, Uminya cukup risau takut tidak sempat buat persiapan memandangkan tempohnya cukup singkat. Teringat saya dulu masa buat persiapan kahwin mengambil masa setahun juga.

Cuma sebaik majlis tunang, terus kena buat persiapan. Apatah lagi di zaman sekarang ini yang rasanya maca-macam kerja kahwin perlu dibuat oleh bakal mempelai.

Pertamanya kena tahu nak buat kat mana? Rumah, dewan ataupun hotel. Tak kisah kat mana yang penting bajet. Saya dulu buat kat rumah jer...lagi senang dan kenduri pula buat secara rewang. 13 tahun dulu kahwin di dewan atau hotel tak berapa glamer lagi. Malah masa tu pun wedding planner ala2 tak berapa ada. Kalau adapun mungkin cajnya mahal.

Buat di rumah lagi senang, murah dan lebih silaturrahim. Malah majlisnya lebih meriah kerana dari awal pagi hinggalah malah, kemeriahannya memang cukup nterasa. Macam pesta pulak sebab rumah kita terang benderang dan ramai orang datang. Masa tulah kita gotong royong isi telur, bungkus hadiah dan macam-macam kerja lagilah sambil berdebar tunggu saat diijabkabulkan.

Lepas tu bakal mempelai kena fikir jemputan yang nak diundang berapa ramai, persiapan cenderahati, kad jemputan, persiapan dekorasi dan macam-macam lagilah.

Memang kalau ikutkan 3 bulan tak menang tangan nak buat persiapan, lagi-lagi jika anda bekerja. Kalau nak senang serah sahaja pada wedding planner. Dia akan merancang segala-galanya untuk anda dan yang penting ada duit.

Namun perlu diingat, kita perlu sering berbincang dengan wedding planner supaya dia tak syok sendiri. Kerja kahwin bukan urusan main-main dan perlu kerjasama dari semua pihak.

Dan mempelai itu sendiri perlu hadiri kursus kahwin dan kalau boleh pergi sama-sama tunang supaya dua-dua dapat tahu hukum hakam dalam perkahwinan ini. Teringat masa saya kursus di tengah-tengah kota iaitu di kotaraya (tak pasti ada lagi ke tidak). Dalam masa 2 hari kami pelajari ilmu rumahtangga yang saya kira cukup memberi input yang bagus.

Sekarang katanya ada pemeriksaan untuk HIV dan ia wajib dilakukan. Nasib zaman saya dulu tak ada kerana saya cukup takut dengan jarum ini. Fobiaaa...

Bagi saya paling penting sekali adalah bajet. Kerja kahwin sekarang memang cukup mahal termasuk belanja kahwin. Paling busuk pun orang minta sekarang adalah RM20k (teringat Eizan cerita anak buah dia hantarannya mencecah RM15k).

Saya gelak bila dia cerita kerana hantaran saya dulu jauh berbeza berganda-ganda. Hanya RM5,500 sahaja termasuk RM22.50 duit mas kahwin. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar dan belanja kahwin cukup. Mungkin kerana En Abah sudah bekerja 2 tahun sebelum kami berkahwin.

Pengantin masa kini jika baru kerja setahun dua dan hantaran sebegitu, saya kira mereka ini perlu tong tong duit belanja. Kalau tak tunggulah 5 6 tahun dulu baru merasa bergelar raja sehari. Ataupun ikat perut demi semata-mata kumpul duit nak kahwin. Tak salah kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit kann..

Mak Pengantin
11:46 am
(Selamat Layan lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah)

Tuesday, January 21, 2014

BERINGAT SEBELUM KENA

19/1/2014
08:52am

Salam,

Lewat petang dua hari lepas, bagi menghabiskan masa senggang saya membelek siaran tv. Maklum banyak sangat channel di astro sampai tak tahu nak tengok yang mana (apatah lagi cerita yang disiarkan selalunya cerita sama berulang kali).

Dalam menekan butang siaran, tangan saya berhenti pada siaran kx hd. Saya kira siaran Korea ( dulu namanya kixx hd, tak silap). Channel ini memaparkan filem bertajuk children. Sekali pandang macam tak berapa best, tetapi bila saya tekan butang info, macam menarik sahaja ( padahal saya bukan peminat tegar drama Korea).

Filem dari kisah besar ini (memang suka tonton kisah benar) mengisahkan pembunuhan 5 orang kanaka-kanak di sebuah tempat di gunung top ap-nama sebuah perkampungan, kalau tak silap. Kanak-kanak lelaki ini masing-masing berusia antara 6 hingga 12 tahun.

Kehilangan mereka menjadi igauan ngeri di kalangan penduduk kampung. Malah dikhabarkan 300 ribu orang mencari kehilangan kanak-kanak ini. Namun setelah lama, kes ini semakin dilupakan hinggalah ada seorang profesor membuat hipotesis bersama seorang wartawan. Menurutnya, mungkin ibu bapa seorang dari kanak-kanak itu yang membunuh mereka.

Malah rumahnya dijejaki oleh polis untuk mencari bukti, namun hampa. Ibu bapa kanak- kanak ini seperti sudah reda dengan kehilangan anak mereka dan sudah letih berhadapan dengan pelbagai usaha yan dilakukan.

Hampir 10 tahun kes ini berjalan tanpa mereka tahu sama ada kanak-kanak ini hilang ataupun dibunuh. Dan akhirnya kes penuh tragis ini berakhir pada 2012 apabila tempat pembunuhan dijumpai dengan longgokan tulang mereka berlima. Rupa-rupanya kanak-kanak itu dibunuh dengan kejam oleh seorang psikopat yang bekerja di tempat sembelihan lembu. 

Melihat cara kanak-kanak ini dibunuh cukup menyeramkan dimana baju mereka dibungkus di kepala dan diikat buku sila. Bayangkan apa daya kanak-kanak ini untuk melawan apatah lagi pembunuh itu melayan mereka (beri makan dahulu sebelum bunuh) dengan baik.

Biarpun filem ini agak slow, tetapi menarik minat saya untuk menontonnya hingga habis. Tanpa pelakon yang saya kenal, saya kusyuk untuk mengetahui dalang disebalik pembunuhan kanak-kanak ini. Piqa, Adam dan Aqil juga melihat cerita ini dan mula bertanya itu ini.

My 3 boy...Adam, Aqil & Aiman
Saya pun mula menasihati mereka jangan pergi mana-mana tanpa saya tahu. Kadang-kadang yang  kita anggap baik itulah yang sebenarnya musuh dalam selimut.

Bukan sahaja dalam situasi begini, tetapi dalam banyak hal termasuk urusan kerja atau dalam persahabatan. Dalam bab ini, kita perlu berhati-hati dan jaga percakapan sebaik mungkin.

Berbalik pada kisah tadi, saya kira kita juga pernah dengar cerita kanak-kanak hilang seperti kisah nursyarlini yang sampai sekarang tidak tahu masih hidup atau mati. Malah keluarganya juga mengharapkan anak mereka ini masih hidup.

Bahaya ada dimana even di sekitar rumah. Ada juga Adam ushar saya untuk pegi taman..tapi saya cakap 'no'..bukan halang mereka menikmati zaman kanak-kanak, cuma beringat sebelum kena.

Tidak dinafikan betapa perit dan laranya jiwa melihat anak yang kita kandung 9 bulan tiada depan mata. Walau segarang mana kita pada anak-anak, merekalah buah hati pengarang jantung kita. Bila ada rasa rimas ( sebab bising) tapi bila takde rasa sunyi.

Tip elak kemalangan/crime di kalangan kanak-kanak:
1. Pastikan ada orang besar jika anak main di luar.
2. Sentiasa sekali sekala perhatikan anak-anak bermain.
3. Sering ingatkan anak jangan cakap dengan orang tidak dikenali.
4. Ingatkan anak bagi tahu jika mereka nak kemana-mana.
5. Elakkan bermain di longkang atau tasik.

Hot Mama Reen
12:52 pm



Wednesday, January 15, 2014

KISAH SUKA & DUKA SEORANG SAHABAT

16/1/2014
9:52 am

Salam

Semalam saya mendengar perkhabaran gembira kerana seorang teman Rosmah Idayu baru sahaja melahirkan anak ke limanya. Baby ini cukup istimewa kerana dilahirkan melalui 'tingkap'. saya terbayang jika 'dia' masih ada, sudah tentu kandungan memasuki 5 bulan.

Tentang Ayu ini, kami sama-sama boleh dikatakan senang untuk hamil dan biasanya bila jumpa berceloteh benda yang sama iaitu pasal anak-anak. Dengarnya juga selepas nombor 5 ini Ayu dah 'tutup pintu'. Melihat gambar babynya di Instagram buat hati saya sedikit sayu....kalaulah...

Dan pagi ini saya mendengar satu lagi perkhabaran tetapi bukan gembira sebalikinya duka. Seorang teman (di bahagian IT) yang sudah lama berjuang melawan 'kanser' akhirnya menemui Penciptanya. semalam lagi kami mendengar arwah Erni sakit tenat tetapi kekangan masa menyebabkan niat untuk melawat tertangguh.


Momen bersama Erni (baju oren) ketika majlis Yayasan Nur beberapa tahun lalu.

Nampaknya hajat untuk melihatnya tidak kesampaian. Dia meninggal dalam usia  yang muda (muda dari saya) dan rasanya meninggalkan dua anak yang masih kecil. Terus saya terbayang seorang lagi teman kami yang juga meninggal dunia dalam muda. Arwah Mira meninggal juga disebabkan kanser dan turut meninggalkan tiga anak kecil.

Memang kanser sejenis penyakit yang begitu membahayakan. Kata seorang doktor yang merawat arwah emak yang juga meninggal di sebabkan kanser, kanser ini dianggap sebagai 'similar to die' tatkala dia berkata begitu saya akur akhirnya seseorang yang menderita kanser akan pergi jua. Cuma masanya yang kita tidak ketahui.

Saya juga mempunyai seorang makcik (sebelah En Abah) yang juga seorang pesakit kanser payudara. Sudah lama dia berjuang dan alhamdulillah masih lagi sihat. Ubatnya apa? Memang kita tahu akan kembali kepada pencipta-Nya tetapi jika sentiasa positif dan ceria, insya-Allah usia akan dipanjangkan Tuhan.

Memang makcik saya ini yang saya panggil Chik Jah, seorang yang sentiasa ceria dan positif. Jarang saya nampak dia sedih dan paling best jika balik Kemaman, sure singgah rumah dia. Macam-macam kami kongsi cerita. Kalau musim raya, dia sanggup beli mercun banyak-banyak sebab nak main dengan cucu-cucunya (anak-anak saya dan adik beradik En Abah).

Gambar raya tahun lepas bersama Chik Jah (baju merah tengah) dan kak ipar serta adik ipar.
Saya juga teringat kata-kata seorang pesakit kanser juga yang saya pernah temubual. Bagi yang menghidap sakit ini jangan sesekali sentiasa murung dan berada dalam kesedihan. Jika sedih ia akan menyebabkan emosi kita terganggu dan hanya fikirkan soal mati. Sebaliknya dia menyuruh sentiasa ceria, positif dan kalau boleh kongsi pengalaman berjuang dalam kanser ini kepada orang ramai. Atleast boleh dijadikan panduan untuk yang menghidap sakit sama (dia yang saya juga anggap teman ini sudah meninggal dunia akibat kanser payudara).

Saya kira walaupun kita sakit atau tidak, hidup itu perlu sentiasa ceria. Kata orang masalah dalaman itu biar kita sembunyi dalam diri sendiri. Dan kalau ada seseorang yang benar-benar memahami boleh ceritakan pada dia. Ingat, bukan berkongsinya dalam laman sosial kerana boleh mengundang masalah (terutamanya bab rumahtangga).

Sebelum mengakhiri entri di pagi hari ini, saya ingin pesan, jaga diri, sentiasa ceria dan positif dalam apa jua hal.

Hot Mama Reen
10:07 am

GARA-GARA OPSSS BUKAN KANGKUNG TAPI RM1 & DI SEBALIK PORTAL UMMAHbaru

14/1/2014
17:36 pm

Salam Maulidur Rasul

Senangnya hati apabila hari ini public holiday...kenapa saya suka? Sebabnya tidak perlu terkocoh-kocoh bangun awal menyiapkan anak ke sekolah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang entah apa-apa.

Mengambil kesempatan cuti umum ini saya hanya duduk di rumah (sebelah pagi) dengan melipat kain. Cuma sebelah petang baru keluar mencari sedikit barang. Cadangnya mahu mencuba resipi lasagna yang diberi oleh Mama Itt tapi hampa bila satu barang tidak ditemui, iaitu mencari satu Klang lasagna yang tidak ditemui.



Piqa & Adam mencuci Viva. Yang penting gaya dengan pakai payung.
Dan En Abah sebenarnya nak basuh my myvi kerana sangat kotor yang eeeiiii memang rasa geli lah. Namun dek kerana cuti umum, banyak car wash tutup dan secara tiba-tiba saya dapat idea. Daripada offer duit pada 'orang asing' baik juga saya beri pada anak-anak. Lalu saya pun offer 'sapa nak cuci kereta mama, mama bagi upah'.


Demi RM1, gigih dua beradik ini cuci kereta mama.
Nyata offer saya menarik perhatian baik piqa, adam ataupun aqil. Masing-masing teruja nak basuh my myvi even saya tak nyatakan lagi jumlahnya. Saya cakap upahnya hanya RM1 dan mereka tidak kisah. Biarpun nilainya kecil tetapi janji duit ( itu agaknya yang bermain difikiran mereka).

Sebaik sampai, terus empat beradik ( termasuk yang kecil) mula membasuh my myvi. Hampir setengah jam mencuci, my myvi sudah siap dicuci. Hasilnya...harap maklum la jika kanak-kanak bawah 12 tahun yang basuh.

Bukannya bersih seperti cucian di car wash tetapi ok lah (berbali dengan upah RM1). Saya sebenarnya tak ajar anak-anak rasuah, tetapi melihnya dari segi positif betapa besar nilai duit di mata mereka. Padahal dengan RM1 apalah sangat yang boleh dibeli, even air yang dijual di pasar malam pun berharga RM1.20

Mereka memang tidak tahu nilai sesuatu wang itu tetapi kesanggupan untuk bekerja dan mendapat upah di situ. Maknanya bila tidak bekerja tidak ada upah. Mungkin lama-lama jika disimpan akan mendatangkan hasil yang besar. Mungkin juga Adam boleh membeli psp impiannya, Piqa dengan telefon idamannya dan Aqil merasa untuk mendapatkan mainannnya. 

Elok juga sempena maulidur rasul ini kita mengajar sesuatu yang bagus pada anak-anak. Contohi saja sikap Nabi besar kita Muhammad yang sejak kecil sudah diajar berdikari, apatah lagi baginda anak yatim piatu.


Setakat ini saya tidak besarkan anak dengan mewah dan biasa-biasa saja. Saya cuba penuhi apa yang mereka mahu (mengikut kemampuan). Dalam dunia serba moden dan siber ini, banyak sebenarnya ilmu yang boleh kita cedok dalam mendidik anak-anak.

Petik saja dihujung jari dan segalanya ada di depan mata. Seperti beberapa teman, Intan Jastina yang berkongsi blog tentang keibu bapaan praktikal ( bagus tapi tulisannya agak serius seperti orangnya) atau Mama Itt yang menulis tentang inspirasi mendidik anak cara Islam (entri yang seronok untuk dibaca kerana bahasa yang ala-ala human).

Dan baru-baru ini sedang saya tengah 'date' dengan  En Google, saya terjumpa satu portal yang cukup baik untuk dikongsi ilmumya. Portal yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja ini dengan carian http://ummahbaru.com memang cukup berinformasi.

UMMAHbaru adalah satu protal online yang menghimpunkan informasi, tips dan sebagainya berkait gaya hid up syumul dan penuh wasadtiah. Dalam ciri keterbukaannya UMMAHbaru amat menitikberatkan gaya hidup yang holistik.

 Anda boleh tahu apa yang trending, ingin tahu persoalan tentang manasik atau pun yang gemar mencuba resipi baru, boleh tekan butang gastrorasa. Selain itu juga turut dimuatkan ruangan lain seperti rapi, chillax, produk dan juga adihijab. 

Ini yang saya katakan informasi di hujung baru. Tak payah keluar ke kedai ataupun bersesak untuk membayar kerana hanya di rumah (sambil berbaring-baring) anda boleh dapat info yang diingini.


 Kata orang tak kenal maka tak cinta, sudah cuba baru tahu keistimewaan portal ini. Maklumlah dewasa ini ramai yang sangat gemar melayari blog atau portal berbentuk hiburan (yang tidak kita ketahui kesahihannya, hanya sekadar mainan gosip), jadi tidak salah melayari portal UMMAHbaru ini sebagai satu dari santapan rohani. 

Boleh dilayari bila-bila dan di mana sahaja. Maklumlah saya kira rata-rata daripada kita sudah mempunyai table atau smart phone. Tidak kira apa jenama janji dapat layari internet. Atau jika mahu yang percuma wifi,  lepak sahaja di restoran makanan segera ataupun kedai kopi mahal.

Dan saya percaya portal UMMAHbaru ini mampu mendidik anda sekeluarga menjadi ummah baru yang sentiasa berfikiran matang, bijak dan menjadi ummah yang baik di sisi Pencipta-Nya. Selamat melayari portal UMMAHbaru  di http://ummahbaru.com ini dan rasai sendiri keasyikan dunia pembacaan tanpa sempadan.

Hot Mama Reen
00:20 am

 


Sunday, January 12, 2014

SALAM JANGAN TAK SALAM ...(TRADISI SALAM CANGKUK)

12:26 pm
7/1/2014
 
Salam,
 
Rentetan dari entri terdahulu, Mak Pengantin nak cerita keterujaan pergi ke majlis perkahwinan jiran kami.Mak Pengantin dengan jiranh sebelah berpakat pergi dengan ditemani anak-anak (En. Suami tiada daya nak pergi kerana demam).
 
Seperti biasa, kami pergi dalam pukukl 1, tetapi alahai wrong timing. kenapa Mak Pengantin cakap begitu? Kerana ketika itu berpusu-pusu orang keluar masuk. Sudahlah membawa anak-anak, sudahnya makan ala kadar sekadar menghormati majlis.
 
Dengar cerita dari seorang teman Eizan (suaminya orang kuat surau BP), makanan dimasak secara rewang dengan orang-orang kuat di BP. Lauknya boleh tahan sedap dan disulami makanan lain seperti tapai, buah rambutan, bubur kacang dan rojak buah.
 
Sudah seperti trend sekarang, pasti ada hidangan sampingan sebagai pencuci mulut. Malah ada juga yang membuat stall dengan mengghidangkan pelbagai hidangan ringan seperti roti canai, ayam golek, keow teow goreng dan sebagainya. Itu jika punya bajet lebih.
 

Singgah sana ala Jawa yang berwarna-warni
Dalam pada enak makan, Mak Pengantin sempat mengerling ke pelamin ala javaniesse di hall depan. Nampak cantik dan menurut Eizan, keluarga ini mempunyai sangkut paut dengan keturunan orang Indonesia. Patutlah pelamin itu sangat gah rupanya. Berwarna warni.
 
Ada juga pelamin biasa di depan jalan. Macam biasa kerusi besar serta rimbunan floral menjadi pilihan mempelai masa kini. Sebelum balik Mak Pengantin sempat mengambil beberapa gambar, maklum dah jadi mak pengantin ni perlu tahu soal kerja-kerja kahwin ini.
 
 
 Sebaik makan memang terus bergegas balik kerana tak tahan dengan perangai anak-anak (Adam dan Aqil). Mereka ini bergaduh berebut untuk duduk di sebelah Mak Pengantin. Sudahnya nasi yang saya bawa tumpah gara-gara sikap nakal mereka. Ikutkan nak saja Mak Pengantin cubit atau pukul diorang ni, tetapi pikir di rumah orang hanya mulut membebel. Aqil memang tak suka ikut pergi kenduri (terutamanya jika dibuat di rumah) panas katanya
.
 
 
Dan seperti biasa, sebelum balik, kami bertemu dengan tuan rumah. Kebiasaannya juga dalam adat masyarakat melayu akan ada 'salam cangkuk'. Ia masih diamalkan sehingga hari ini (jika majlis di rumah) dan jika di dewan Mak Pengantin tak pasti kerana macam tak pernah nampak acara 'salam cangkuk' ini. selalunya mereka datang bawa hadiah besar (jika majlis di adakan di dewan).
 
Mak Pengantin teringat masa zaman Mak Pengantin kahwin dulu dan selalunya di kampung, salam cangkuk ini duitnya diisi dengan kertas tisu. Dalam gumpalan tisu terselit wang kertas yang nilainya agak kecil (kata orang janji bagi). Atau juga diletakkan duit syiling yang juga nilainya kecil.
 
Sebenarnya tak kisah berapa nilai yang diberi janji ikhlas. Sebenarnya salam cangkuk ini bukan wajib tetapi lebih kepada menghormati tuan rumah.
 
Mak Pengantin pernah hadir ke suatu majlis kahwin yang mana tuan rumah tidak menerima salam cangkuk ini. Ditolak dengan baik dan katanya majlis ini lebih kepada kesyukuran. Mulia sungguh hati tuan rumah.
 
Cuma Mak Pengantin nak pesan jika nak bagi salam cangkuk ni jangan tulis nama (jika jumlahnya sikit). Bukan apa nanti takut dibanding oleh tuan rumah dengan tetamu lain (yang mungkin beri lebih). Sebenarnya hadir ke majlis itu juga lebih afdal kerana kita hormat dengan undangan itu dan tanda kita hidup berjiran.
 
Mak Pengantin
18:47 pm
11/1/2014 (entri disambung tulis)

Monday, January 6, 2014

MAKARONI GORENG BERTELUR, SARAPAN HUJUNG MINGGU

5/1/2014
11:47 am

Salam,

Sedang saya duduk (rileks nampak) menghabiskan cuti hujung minggu, saya terfikir untuk menulis entri ini. Entri yang cukup simple..iaitu pasal makan. Pagi semalam saya malas nak keluar untuk breakfast. Anak-anak pun masih tidur dan agak payah mengejutkan mereka untuk mandi dan bersiap.

Oleh kerana bahan-bahan asas ada, jadi saya ambil keputusan untuk goreng makaroni telur. Sebab apa saya gelar makaroni telur, sebab ia dimasak hanya makaroni dengan telur tanpa sebarang sayuran hijau (budak-budak cukup tak suka sayuran).

Sebaik daging kisar lembut dan makaroni telah direbus, saya terus goreng dan siap dalam tempoh tak sampai satu jam. Biasanya saya dan En. Abah akan breakfast nasi lemak bawah pokok, di tesco klang ( paling sedang mi mamak & roti bom) ataupun di pelita, klang (roti bom dia not bad). 

Bukan malas masak, tapi kadang-kadang dengan breakfast bersama mewujudkan perasaan gembira kami sekeluarga. Selalunya juga apabila selesai breakfast kami akan terus ke tesco beli barang dapur.
 
Ok, saya akan kongsikan resipi simpe ini. Bahan-bahannÅ·a cukup mudah dan tidak perlu ke kedai seawal pagi ( jika ada semuanya dan jadikan ia bekalan di rumah)

Bahan-bahan:   
Boleh juga dijadikan hidangan minum petang atau malam.
Setengah peket makaroni or spiral or apa2 sahaja
Daging kisar - apa2 brand dan tidak kisah banyak mana ikut suka
Sosej -potong serong
2-3 biji telur
Bawang holland -dipotong kiub kecil
Bawang putih -diketuk dan hiris kecil
Sedikit sos lada hitam
Sedikit sos cili
Sedikit cili kisar
Bahan perasa secukupnya
Campuran mentega & minyak zaitun

Cara-cara membuat:
1. Panaskan campuran minyak dan mentega. Masukkan bawang yang dipotong kiub tadi.
2. Setelah naik bau, masukkan daging dan biarkan hingga masak seketika.
3. Campurkan pula sos lada hitam, sos cili, cili kisar dan gaul sebati.
4. Masukkan bahan perasa secukupnya dan masukkan sosej.
5. Masukkan makaroni dan gaul sebati.
6. Akhir sekali pecahkan telur dan gaulkan sebati. Biar seketika sebelum diangkat.

Ha, macam mana senangkan resipi simple mama ni. Khusus  mama-mama yang suka suatu yang simple. Anak-anak cukup suka kerana resipi ni tak pedas. Moga resipi ini beri manfaat kepada anda semua.

P/s: Saya teringat beberapa minggu lalu ketika lunch di Anggerik Mall, seorang pakcik menegur dan berkata 'oo ni la yang tulis blog tu'... Saya hanya senyum. Rupa-rupanya entri yang saya post sebelum ini mengundang orang lain untuk cuba menjamu selera di gerainya. Alhamdulillah dan hari tu juga rezeki saya murah kerana pakcik itu turut belanja saya makan. 

Hot Mama Reen
12:10 pm

Saturday, January 4, 2014

KAD KAHWIN PUNYA CERITA

4/12/2014
15:49 pm

Salam,

Minggu lepas En Abah menunjukkan sekeping kad pada saya. Sekali imbas seperti kalendar. Tetapi setelah dilihat ooo rupa-rupanya kad jemputan kahwin.

Saya cukup teruja untuk lihat siapa pengirimnya. Siapa sangka jemputan itu dari jiran kami di BP ini. Bayangkan hampir 8 tahun mendiami kejiranan ini, inilah jemputan kahwin pertama kami terima.

Saya seronok kerana dapat jemputan itu dan dalam masa sama saya senyum sendiri. Macam-macam kreativiti pasangan mempelai yang diilhamkan dalam membuat persiapan perkahwinan.

Mengimbas saat saya mahu berkahwin dulu, persiapan biasa-biasa saja. Maksud saya tidaklah terlalu canggih dan hebat seperti sekarang.

Masa saya dulu kad kahwin yang ditempah biasa-biasa saja (cuma ada tarikh, masa, alamat & tanpa gambar). Berbanding sekarang, kad kahwin dibuat pelbagai bentuk dan rekaan.
Saya pernah lihat kad kahwin yang diilhamkan dari facebook, peta, buku nota, pasport, tiket kapal terbang dan macam-macam lagi.

Biasanya pasangan muda yang mencipta idea ini dan direalisasikan oleh pereka kad kahwin ini. Kalau ada seorang grafik designer lagi mudah. Anda bole cipta pelbagai karakter dan hantar saja ke kedai untuk mencetaknya. Atau jika punya kawan GD, beri sahaja idea dan dia akan usahakan dan sebagai upah (belanja minum jer).

Tapi mungkin kad kahwin kreatif begini sesuai diberi untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk jemputan VIP saya kira kena bagi yang lebih proper.

Saya dulu pun hanya print kad untuk teman-teman rapat sahaja dan untuk orang kampung kad jemputannya sangat simple. Hanya kepingan kertas berwarna yang dicetak nama pasangan mempelai, tarikh, masa dan alamat rumah (part ini yang penting) tidak kira secanggih mana kad kahwin anda.

Kalau nak lebih tradisional, ikut cara mak saya yang jemput dari rumah ke rumah. Bukan sahaja pesanan lebih cepat sampai tetapi juga bole merapatkan silaturrahim.

Zaman sekarang ini, jemputan seperti itu mungkin tidak lagi diamalkan. Lebih canggih lagi jemputan melalui media sosial. Create sahaja page jemputan dan anda akan di tanya join, maybe or decline. Selalunya ramai yang kata join tapi rupanya hado...(kekangan masa kot).  Page jemputan sebegini bukan sahaja untuk urusan kahwin tetapi juga birthday, open house atau majlis kenduri.

Namun bagi saya, walau semoden mana anda, jemputan melalui kad kahwin perlu diteruskan. Rasa seperti tak lengkap majlis perkahwinan tanpa adanya kad jemputan ini.

Malah kad jemputan ( tak kisah bagaimana rekaannya) tetap menerbitkan nostalgia tatkala melihatnya kelak. Buktinya seorang teman Fasya Fazida yang menyambut ulang tahun ke 8 minggu lalu, sempat menitipkan sekali kad kahwinya (warna hitam gitu) dalam coretan madahnya di FB.

Moga bahagia hingga ke jannah ye Fasya Fazida. Seperti dia, saya juga masih menyimpan kad kahwin kami. Agak-agak anda juga begitu ke?

Ciri-ciri baik & jimat kad kahwin:
1. Perlu ada nama, alamat, tarikh, masa dan peta.
2. Jika buat di dewan atau hotel, pastikan ad tulis RSVP untuk menyenangkan tempahan katering dan tempat duduk.
3. Jangan terlalu fancy bimbang akan menyukarkan untuk membacanya.
4. Jangan juga kad jemputan yang terlalu kecil atau besar.
5. Tempah awal untuk elak jika ada masalah timbul (berhubung cetakan).
6. Advantage jika anda atau pasangan kreatif dan mendesign sendiri (untuk bajet).
7. Bincang dengan pasangan dan kongsi soal jemputan esp membabitkan teman sama.
8. Survey dua tiga tempat sebelum mencetak kad jemputan.

Mak Pengantin
16:37 pm

Thursday, January 2, 2014

HOT MAMA @ 2014

3/1/2014
01:17 am

Salam,

Tatkala jari ini menekan papan kekunci (di Note 3), sebelah saya adalah Aiman yang nyenyak tidur.

Sesekali dia merengek, mungkin kerana hidungnya mula tersumbat. Dua lagi abangnya sudah lama lenanya. Yang seorang penat bersekolah dan seorang lagi turut penat meneman mama ke sekolah.

Apabila musim sekolah sudah kembali bermakna rutin harian sebagai mama juga kembali sibuk. Maybe tahun ini kesibukan jadi berganda kerana kakak Piqa akan hadapi UPSR.
Saya sudah merangka-rangka kelas tuisyen untuknya. Pelbagai janji juga ditabur (antaranya beli telefon) jika lulus cemerlang.

Manakala Adam pula tampak excited kembali ke sekolah. Katanya best dan sebelum itu sibuk minta katil, nak tidur sendiri. Tetapi alih-alih dengan mama juga dia selit tempat.

Sebagai ibu saya perlu bijak merancang masa. Itu saya kira yang paling penting. Mana mahu berkejar balik dari kerja untuk masak, hantar budak ngaji dan juga tuisyen. Bukan itu sahaja, kerja sekolah juga mahu ditengok dan saya mahu anak-anak dapat result cemerlang.

Benar saya sedikit 'jeles' melihat post teman-teman di FB akhir tahun lalu. Masing-masing berkongsi kegembiraan dengan kecemerlangan anak-anak.

Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana baik Piqa atau Adam masih mampu meneruskan persekolahan. Cuma terselit rasa gembira bila Adam beritahu dia tukar kelas yang lebih baik..itu sahaja cukup bermakna walau tidak naik ke pentas.

Sempat bercuti ke Penang bersama sepupu, Abg Ngah @ Cikuan.

Saya bersedia pikul tugas untuk memastikan mereka berjaya. Saya kira tahun ini fokus lebih pada anak-anak (bukan tambah anak ye)...dan biarlah saya berkorban sedikit kepentingan diri.

Rasanya bukan saya saja akan berazam begitu, tetapi juga semua mommy di luar sana.
Ini antara cabaran getir dalam tahun 2014. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, anak-anak perlu diajar demand. Saya dan En. Abah sering pesan jika nak naik keta mewah, tinggal rumah besar, gaji lumayan,  makan mewah kena belajar rajin-rajin. Kalau tak jadi orang 'biasa-biasa' yang kerjanya juga 'biasa-biasa'.

Semoga anak-anak ini mengerti liku-liku hidup yang makin mencabar dan akan terus menceriakan kehidupan kami sekeluarga.

Hot Mama Reen
01:39 am

ENTRI YANG TERTANGGUH...(PENANGAN BOWLING)

30/12/2013
3:90 pm
Salam,

Semalam saya sempat menghabiskan hujung minggu dengan seronoknya. Kenapa ye? Sebabnya saya berpeluang bermain bowling bersama teman-teman.

Opss ini bukan game saja-saja tetapi mewakili rumah sukan pejabat iaitu Blue Team. Walaupun sekejap tetapi bagi saya cukup bermanfaat. Maklum saya pergi seorang (ditemani Yus tanpa kehadiran anak-anak). 

Bukannya saya tidak suka anak-anak ada sekali, tetapi lebih menyenangkan kerana tidak perlu fikirkan kehendak mereka (jika ikut sama). Bimbang akan menjejaskan mutu permainan....hehehe.

Biarpun ketika mahu pergi Adam sibuk bertanya “mama nak pergi keje ke, Adam tak boleh ikut”. Saya katakan tidak kerana ini bukan kerja tetapi pergi sukan (selalunya jika pergi opis, saya akan bawak budak-budak ni). Adam memang gemar menyendeng saya (untuk pergi kemana-mana), tetapi kali ini dia tewas.

Tidak seperti Aqil yang tidak kisah saya pergi mana dan pantang baginya mengikut saya ke pasar. So alasan selalu saya gunakan (tanpa membawanya) “mama nak pergi pasar ni”. Pasti dia tidak akan ikut.

Manakala Aiman saya senang tinggalkan dengan pengasuh, biarpun En Abah kata boleh jaga. Saya tak nak susahkan dia dan better pengasuh yang take care of him.

Walaupun enjoy bermain tetapi fikiran saya tetap pada anak-anak. Bagaimana dengan makanan mereka, apa mereka sedang buat dan sebagainya.

Sebenarnya dah lama tak main bowling. Dulu rajin juga bermain dengan jiran-jiran tatkala hujung minggu. Biasanya kami berlawan sesama sendiri dan menikmatinya dengan rasa seronok.

Alhamdulillah berkat teman-teman sepasukan, abang Hamid, abang Halim, en Hasli, Lan, Yus, Zubed, Lili, Nana dan Mek Na, kami berjaya rangkul tempat kedua. Habuannya kami dapat ‘duit gaji’ sebayak RM58 dan bagi saya sudah memadai.

Sebenarnya saya tidak fikir duit kerana apa yang penting seronok sekali sekala dapat lepaskan diri dari anak-anak.

Sebaik lepas main, saya gegas balik rumah. Biarpun tarikan ‘sale’ di Setia City Mall begitu memanggil-manggil (maklum saya ni kaki shopping), namun ingatan pada Piqa, Adam, Aqil dan Aiman lagi kuat.

Sudahnya setelah berpusing-pusing sekejap di H&M, saya kemudiannya terus balik )maaf pada Yus kerana terpaksa tinggalkannya. Biarpun seronok bermain, tetapi ingatan tetap pada anak. Lebih-lebih lagi ada teman-teman lain seperti JJ yang bawa suami dan anak.

Saya bayangkan apa yang mereka buat ketika itu. Biarpun kadangkala pening dengan sikap anak-anak yang memang ‘notty’ tetapi mereka menghibur hati saya.
Sebaik sampai rumah, Adam menyambut saya di muka pintu. Pertanyaannya, “mama tak beli apa-apa ker?”. Mujur kami bukan sahaja dapat duit poket tetapi juga jajan (makanan ringan).

Memang ssya sukakan senyuman manis Adam, tak sabar nak mengusik sidemok Aqil (dia selalu marah apabila diusik, menyuruh Piqa buat itu dan ini, dan paling saya rindukan Aiman yang sudah mula dapat kaki.

Bahagia hati saya melihat dia jalan ke sana kemari dan biarpun penat (walaupun hanya main 3 game), saya masih boleh melayani segala pertanyaan anak-anak.

Hot Mama Reen
6.00 pm