BIODATA


Bersama bb Aiman...ketika mengikut saya ke pejabat gara-gara ketiadaan pengasuh.
Nama:
Siti Zurinah Binti Mat Saman

Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi, USM Penang

Pengalaman kerja:
13 tahun di Kumpulan Media Karangkraf. Bermula sebagai wartawan di majalah Kekeluargaan No 1 Malaysia, Seri Dewi & KELUARGA dibawah bimbingan Sharifah Abu Salim. Kemudian dilantik pula sebagai Ketua Wartawan di bawah bimbingan Puan Norlis Salusi dan seterusnya menjadi Editor di Majalah Seri Dewi & KELUARGA menggantikan beliau (Puan Norlis bersara pada 13/6.2013). Sebelum itu pernah menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di Harian Metro. Pernah menerajui Majalah berskala besar, Pesona Pengantin, kini saya selesa mengemudi majalah Dar.com, majalah yang khusus untuk remaja Muslimah.

Pengalaman bisnes:
Tidak pernah terbabit secara langsung dengan bisnes, cuma ada membuat jualan sampingan secara kecil-kecillan menjual barangan kelengkapan bayi seperti bengkung, barut dan produk Nona Roguy milik kakak ipar di www.mybengkung.com dan ada juga menjual kuih raya iaitu kuih Popia Nestum yang mendapat sambutan hangat di kalangan rakan sepejabat. Dan kini saya juga mengorak langkah mula terbabit bisnes online dengan menjual Flared Skirt dengan label Sindora.

Minat, kemahiran dan kepakaran:
Berminat menulis sejak dari dulu lagi. Malah sanggup mengambil STPM untuk melayakkan diri menjadi wartawan.Pada mulanya berminat untuk menjadi wartawan akhbar, tetapi disebabkan kekangan waktu terutama apabila berkahwin menyebabkan memilih menulis di majalah. Kemahiran saya menulis dan mencoret sesuatu (berangan untuk menjadi novelis). Saya juga mempunyai kemahiran 'PR' terutama kepada kawan-kawan yang menjual produk. Saya akan tolong promote dan membeli barangan mereka.

Buku, jenis bahan bacaan yang suka dibaca:
Gemar membaca surat khabar, bahan dari blog, buku bibliografi tokoh (saya ada buku Tun M, Tuan Guru Nik Aziz & Dr Sheikh Muszaphar) dan juga novel (jika ada kesempatan).

Nyatakan URL blog dan fanpage sedia ada di sini:
Memiliki blog dengan nama http://www.sitizurinamatsaman.blogspot.com

Matlamat untuk kelas ini dan nyatakan kelas apa:
Matlamat adalah untuk meluaskan lagi pengalaman berkarya dan berjinak-jinak untuk menjana pendapatan dari blog. Sebagai salah satu persediaan juga sekiranya tidak terbabit dalam dunia penulisan bercetak. Saya juga mahu menjadikan coretan saya sebagai kenangan di hari tua untuk dibaca oleh anak-anak kelak. Mungkin juga tulisan saya nanti akan menjadi rujukan dan panduan kepada mereka yang seronok untuk mengikuti tulisan di blog saya nanti. Semoga pengalaman belajar di Kelas Asas Blog & Penulisan kendalian cikgu Netty dan cikgu Masayu ini menjadi titik tolak untuk ke arah suatu bidang yang berbeza.

No comments:

Post a Comment