Monday, January 11, 2016

LILITAN SHAWL SEHEBAT MODEL PROFESIONAL

12/1/2016
12:02 pm


Salam,

Lama tak tulis entri pasal fesyen tudung. macam-macam dah fesyen dan jenis tudung yang keluar. Apa yang pasti, jenama popular macam Naelofar Hijab, Sugarscarf, Radiusite, Aidijuma, CintaQaseh (sekadar menyebut beberapa nama) kembali menerjah minda setiap wanita untuk membeli dan memakainya.

Tidak kira mahal atau murah, yang penting memang terasa bangga giler dapat pakai tudung jenama hebat ni. Saya pun tak terkecuali. Mana taknya raya tahun ini saya beli sampai tiga tudung Naelofar dan nak nampak impak cun di pagi raya.

Rasanya bukan saya sahaja tetapi geng2 di opis juga tidak terkecuali. Tudung tidak berjenama pun jika dililit menarik, pasti membuat hati tertarik. Apa yang penting kreativiti kamu dalam cara lilitan yang pelbagai (kalau ada lebih masa la membelek depan cermin pagi-pagi).

Tak de yang susah nak tahu cara pakai. Layari sahaja youtube dan pilih tutorial shawl ke, tutorial hijab ataupun apa sahaja berkaitan. Cuma beza keras tangan atau tidak je untuk belajar cara memakainya.

Ah! Kalau malas nak pikir, sarung sahaja instant shawl. Cepat mudah dan senang. Kalau saya, instant shawl digunakan untuk weekend sahaja atau jemput anak balik sekolah (jangan marah penggemar instant shawl). Nak tengok saya lilit hebat bak model profesional, tunggu hari kerja. Jom lihat beberapa gaya lilitan tudung dari kawan-kawan seopis... sama hebat sama bergaya, bak model hijab ternama.

Percaya tak..dulu2 ikatan tudungnya begini..ala2 bienda gitewww.

Bergaya dengan idea kreatif dari adik2 Hijab ni..dengan 'fish gape'.

Salah satu koleksi Naelofar Hijab yang saya ada dan suka.

Gaya yang agak hipster, dan pastinya nampak ranggi di samping Amy Mastura. Dia juga memakai koleksi Amymastura Elzalha.

Instant shawl yang memang senang dipakai. Sarung saja di kepala.

Tudung bawal yang boleh dipelbagaikan..masa ni tengah inn bawal Aidijuma pelbagai color.

Macam-macam lilitan yang memukau & sempoi,  senang digayakan.

Fasya (tudung kuning) dengan gaya memukau selendang panjang & Naros selesa menyarung tudung labuhnya.

Gaya entah apa2 dek kerana nak bergambar dengan Zizan Razak. Bawal wide shawl.

Wow! Linda begitu jelita dalam selendang biru dengan lilitan berbisa. Juga Saylo yang comel dengan pilihan shawl rona hitam.

Katanya tema coklat, jadi variasi shawl jadi pilihan Eizan, Mirie &Mama Itt.

Cukup istimewa, shawl ini sama sahaja fabrik & jenisnya, half moon. Tetapi kami gayakannya mengikut kreativiti masing-masing.

Kak Ida tampak anggun dengan lilitan simple tetapi gandingan terbaik dengan busana yang digayakannya.

Siapa sahaja pasti pasang impian menggayakan instant shawl dari Naelofar Hijab. Cc Maizan si penggaya hebat.

Teruja melilit instant Sugarscarf..cantik takkk. Yang penting senang & cantik.

Kali ni saya pakai pashmina shawl....shawl paling saya suka.
Tampak sungguh warna-warni tatkala disuruh mengenakan rona purple untuk majlis Fatin. Hijab kami berbeza, tetapi semuanya digayakan dengan pelbagai cara.
Weekend atau bercuti, saya selesa menyarung instant shawl by Naelofar. Ada macam2 color.

Kami dalam persalinan merah. Lagi sekali menggayakan pashmina shawl. Yang lain juga dalam gayaan shawl panjang.


Walau apa juga shawl yang kamu pakai, pastikan ia selesa dan sesuatu dengan bentuk wajah. Tidak semua wajah kita sesuai dengan instant shawl, atau memang sarungkan sahaja wide shawl. Apa yang penting selesa dan menutup aurat.

Mama Reen
5.01 pm



THORWBACK MINGGU LALU & USTAZAH 'INSTANT'

1/4/2016
9:28 pm

p/s: entri seminggu yang lalu, jadi apabila baca bayangkan diri korang ibu-ibu dalam mode minggu pertama persekolahan.

Salam,
Welcome to 2016..
Ya hari ini masuk hari keempat di tahun baru. Apa ye excitednya bila tahun baru ni? Rasanya pastilah azam dan keterujaan kaum ibu, mummy, mom, emak, ummi, atau mama menghantar anak ke sekolah buat kali pertama. Maklum hampir sebulan buat persiapan membeli barangan mereka dan inilah detik dinantikan kaum ibu (bajet persiapan anak-anak memang agak mahal, dek kerana kenaikan harga barang & GST. Tidak dapat bayangkan yang punya anak ramai, mungkin hanya membeli yang perlu sahaja). Macam juga dengan sambutan hari raya lagaknya. Super excited & saya percaya pasti ada yang tak tidur malam sebelum itu.

Saya juga tidak terkecuali. Tetapi tahap excitednya sooo sooo sahaja. Iyelah sorang tahun 2, sorang lagi tahun 4 dan sorang lagi tingkatan 2. Cuma yang tahun 2, my Aqil yang perlukan penjagaan lebih (dengan kata lain kena teman ke sekolah). Katanya "Aqil takut la nak pergi sekolah esok sebab tak tahu kelas"...ye saya faham biarpun badanya agak demukkkk tapi dalam hati ada taman..

Pagi itu macam biasa saya alarm jam 6.15 am tetapi rupanya salah bajet time. Sedang Adam bersiap-siap terdengar bunyi horn dari Cik Mala si empunya van. Ayooo sian pulak pada my Adam terkial-kial memakai stoking. So esoknya saya mesti alarm lebih awal maklum nak kejut Adam agak payah berbanding Aqil. Luckly Adam dan Aqil lain sesi jadi tak berebut bilik air.

Selamat kembali belajar ye Aqil yang demokkkkssss
Seharian menyelesaikan urusan pembayaran (terutama sekolah agama), saya berehat menanti budak-budak balik. Harapnya tiada kejadian apa-apa sebab sebaik hantar Aqil saya terus sahaja balik dan mengandaikan Aqil boleh berdikari.

Aqil...4 dari belakang, sengih duduk beratur di hari pertama perhimpunan. standard la duduk atas lantai simen...
 Apa yang saya boleh kongsi, my Aqil mencipta ceritanya sendiri pada hari pertama sesi 2016. Balik sahaja, dia terus bercerita bahawa dirinya didenda berdiri atas kerusi gara-gara nakal dalam kelas. Saya tanya Aqil tak malu ke? Dia cakap "tak adalah Aqil tenang je mama". Dapat saya bayangkan dia yang badan besar berdiri di atas kerusi sambil disaksikan mata-mata pelajar lelaki dan perempuan. Nampaknya Aqil sudah makin besar sebab dia tidak rasa malu biarpun mungkin ada yang ketawakan dia.

Itu cerita Aqil, kalau Adam pulak memang banyak kali hilang wallet. Dan kali ini hilang lagi. Tapi saya percaya jodoh dia begitu kuat dengan wallet yang katanya diberi oleh seorang temannya. Balik sekolah agama, alhamdulillah wallet itu dijumpai.yang ni pulak lain kisahnya. Dia tak mahu saya teman even nak peluk atau pegang tangannya. Mungkin  dia malu kot. Pada mulanya saya rasa kecik hati tapi lama kelamaan sudah biasa. Harapnya bila dewasa kelak dia tak malu nak peluk saya.

Syafiqa pula memang dah jadi anak dara. Satu je saya pesan jaga diri elok berikutan kes awal tahun yang saya rasa memang malas nak ulas apa-apa. Rasanya semua ingat kes budak Amirah. Full stop.

Memang rata-rata semua laman sosial hari ini cerita mommy hantar akan ke sekolah, teman anak lunch, hantar ke asrama dan apa sahaja pasal persekolahan. tidak kira sekolah swasta atau gomen. Bagi saya tidak kisah diorang nak sekolah anak kat mana yang penting mampu dan berkemampuan. Sebab ada yang bising di laman sosial mengatakan mereka ini sengaja menunjuk-nunjuk. Komen saya, itu perkara biasa kerana perkongsian di laman sosial hak privasi dan itu juga jadi tanda keluarga kita happy dengan apa dilakukan.

Setahun menambah ilmu di sini selepas cuti panjang untuk tempoh sebulan.
 Di hujung hari keempat 2016 ini saya memang teruja. sehari bergelar housewive memang amat membahagiakan. Selain dapat hantar mereka ke sekolah, memasak makan malam (walaupun menu simple, tomyam pilihan adam, kailan ikan masin pilihan kakak dan ikan ala-ala bakar untuk en Abah). Saya ada panjangkan anganan untuk bergelar full time house pada en Abah, tetapi katanya "ermmm tak payah laaa..nanti dah sehari kata bosan". full stop.

Lagi satu yang buat teruja, dek kerana susah nak cari guru mengaji, saya tekadkan diri mengajar anak-anak. Saya siap cerita pada mereka, "dulu Atuk Saman ajar mama ngaji sampai nangis dan tak ada suara". Semoga saya boleh jadi guru ngaji untuk anak-anak walaupun saya juga tidaklah begitu mahir bab tajwid.

Permulaan yang baik untuk 2016 ini. Tidak salah menjadi insan yang lebih baik dan semoga ia berkekalan hingga hujung tahun. HARAP & DOANNYA....

LOL
Mama reen

Tuesday, October 6, 2015

PENANGAN AYAM MASAK KICAP @ SUMOR

12.03 pm
7 Oktober 2015


Assalamualaikum,
Semalam masih lagi dalam mood demam x demam. sakit kepala masih berterusan biarpun dah telan dua biji panadol plus ubat flu. Huh! kuat betul penangan jerebu sampaikan saya rasa cukup tak bermaya. Apatah lagi tekak ni terasa memang tak sedap nak jamah makanan lain. semuanya nak tak best.

Teringat daging yang diberi Eizan Ariffin. Daging korban raya haji hari itu. Saya terfikir nak masak kicap. Rindu pada masakan Ummi Wanie yang paling best masak ayam atau daging masak kicap. Tapi dia cuti bersalin ketika ini. Jadi saya gagahkan balik kerja dalam pukul 7 lebih untuk masak.

Saya tahu kalau saya masak kicap daging mesti budak2 tak makan punya, kecuali ayam. So saya pun tukar menu Ayam Masak Kicap. Resipi dari arwah emak yang paling legend Ayam Masak Kicapnya atau kami panggil masak Sumor. Senang je resipinya dan hidangan cepat untuk disediakan. Apabila dah siap huhu maunya memang best. Budak-budak pun suka lebih-lebih lagi memang dah lama mamanya tak turun masak. tetapi tekak saya masih tak boleh terima. Saya hanya sentuh seketul dua daging goreng. Selebihnya saya hanya pandang budak-budak makan.

Jom saya kongsi Ayam Masak Kicap @ Masak Sumor:   
jeng jeng jeng...Ayam Masak Kicap @ Sumor (abaikan gambar)


Bahan-bahan:
Ayam - dipotong kecil & digoreng setengah masak
Sebiji labu bawang besar - dihiris
Dua ulas bawang putih - dihiris
Sedikit halia - dihiris
1 tangkai cili besar - dihiris
Kicap ikut jenama 
Sedikit gula, garam & perisa
Sedikit air
Air asam jawa - jika perlu

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi. Masukkan bahan hirisan dan biarkan hingga naik bau.
2. Masukkan kicap Mudim/Kicap Kipas Udang (dicadang) atau apa sahaja brand ikut cita rasa. Masukkan air sedikit.
3. Masukkan sedikit air. Letakkan air asam jawa (jika suka).
4. Tambahkan perisa secukup rasa.

Selamat mencuba!!!

Mama Reen
1:52 pm



Sunday, October 4, 2015

JEREBU VS BLOGGER

5/10/2015
11:19 am

Assalamualaikum
Hari ini saya terpanggil untuk menulis kembali blog yang saya kira sudah lama bersawang. Mana taknya last menulis tahun lepas. Bayangkan dalam tempoh itu macam-macam perkara yang terjadi. Ada perkara yang tidak dan ada yang cukup menggembirakan hati.

Cuma yang bezanya anak saya masih ada 4 (En. Abah tak mahu tambah) dan semuanya sudah makin gemuk dan sihat. Apa yang berubah, saya kini tidak lagi menerajui majalah Pengantin, tetapi diberi tanggungjawab mengemudi majalah Dara.com. Bagi saya pertukaran ini bagus dan saya terima dengan begitu positif sekali.

Isu pertama bersama majalah Dara.com..cantikkann...

Satu lagu yang berubah ialah saya juga kini mencuba satu cabang bisnes iaitu secara online. Dengan menggunakan label Sindora, saya mula menjual Flared Skirt. kenapa memilih skirt sebab saya memang suka dengan OOTD ini. Bagi saya ia senang untuk mix & match dengan blaus atau apa juga kemeja. Saya juga sebenarnya tidak sangka akan terbabit dalam dunia bisnes ini biarpun secara online. Tetapi saya akhirnya bangga dapat menghasilkan produk dan label sendiri. Jangan lupa ye untuk follow dan like di laman sosial pada nama sindoraofficial.



Pilihan warna yang menarik, biru, hitam atau purlple. Flared skirt dibawah label Sindora...

 Oh ye, hari ini dan beberapa hari lalu, rata-rata bercerita pasal jerebu. saya juga sebenarnya hari ini tidak berapa sihat. Kepala terasa berat dan seperti mahu tidur sahaja sepanjang masa. Namun kekangan kerja menyebabkan saya terus berada di sini.

Sebenarnya saya tadi hanya google2, entah macm mana saya terklik pada www.blogger.com. Wow! saya seperti tidak percaya blog saya ini yang tidak pernah saya update untuk beberapa ketika ini sudah mempunyai bilangan pengunjung mencecah 10k. Eh! Biar betul, macam tak percaya kan...mungkin ada antara tulisan saya yang menarik minat orang luar untuk membaca dan berkongsi apa yang saya tulis.

Itu juga antara semangat untuk saya kembali menulis. Moga selepas ini saya semakin rajin untuk menulis. sebenarnya saya memang suka menulis dalam erti kata...tulis apa sahaja yang terlintas di hati.


Mama Reen
5/10/2015
11:29 am

Thursday, July 17, 2014

ENTRI YANG TAK HABIS DITULIS...I HAVE NO IDEA

30/5/2014
10:42 am

Salam,

"Mama coklat yang warna purple tu tak boleh makan dah yer...cikgu cakap" terpancul soalan dari anak kedua, Adam. Saya katakan yer..Adam dah tak boleh makan coklat tu...ada benda tak elok dalam kandungannya. Alhamdulillah Adam faham kenapa coklat yang jadi kegemarannya itu tidak boleh dimakan lagi.

Oh! memang anak kedua saya ini seorang yang coklat lover. dia memang suka giler dengan coklat, aiskrim, kek keju, kek coklat dan seumpamanya. perangaainya mungkin ikut En. Abah yang juga penggemar coklat dan aiskrim (dalam peti sejuk mesti ada stok asikrim).

Dan bila tak boleh makan coklat warna purple itu saya seperti kasihan padanya. Coklat itu memang mernjadi feberet terutama yang dibungkus kecil-kecil. Dalam hati saya berkata 'bukan mama tak kasi tapi dah tak boleh makan..."

Entri ini ditulis pada bulan lima hari itu. Ketika satu negara kecoh pasal coklat warna purple ini....bila nak sambung balik..i have no ide..

Apa yang pasti, selepas kejadian itu, saya bukan lagi pembeli tegar coklat purple ini. Walaupun rasanya sedap, tetapi biarlah dulu. Walaupun pelbagai iklan dibuat untuk memberitahu bahawa ianya kini berstatus halal dulu, kini dan selamanya.

Malah saya juga tiada kesahihan bila mana ada yang mendakwa sebenarnya isu ini diperbesarkan kerana ia adalah satu konspirasi untuki menjatuhkan orang Islam. Ermmm...macam-macam dan saya juga sudahkan entri ini begini sahaja...


Hot Mama Reen
18/7/2014
9:32 AM

Friday, May 16, 2014

CERITA SEHARI BERGELAR GURU & MORNING SICKNESS...

16/5/2014
12.06 pm


Salam...
Terpanggil untuk menulis entri ini memandangkan hari ini rasanya cukup istimewa buat warga pendidik. Mana tidaknya hari ini adalah hari kebesaran mereka sempena Hari Guru. Ramai juga teman-teman yang jadi guru@cikgu@pendidik dan macam-macam lagi gelaran.




Teman-teman yang sama-sama belajar di USM, sebahagiannya bergelar pendidik...
Selamat hari guru uolsss.


Cuma memang saya tidak dijodohkan untuk menjadi guru ataupun bertemu jodoh dengan guru. Tetapi saya juga ada pengalaman bergelar guru untuk satu hari. Saya masih ingat ketika itu di Sunway dan sekolah yang saya dapat untuk menjadi guru sementara itu adalah sekolah Cina. Tetapi hanya mampu bertahan satu hari sahaja dan saya memang tidak betah untuk bergelar pendidik.

Biarlah teman-temkan saya yang ambil satu kursus iaitu Mass Comm in Journalism/ Broadcasting tetapi mengubah haluan jadi guru. Kepada Cikgu Cak, Enn, Zie, Sudir dan lain-lain., semoga korang semua selesa dengan geralan yang akan dibawa hingga akhir hayat. Banyak pahala korang tau.

Sebenarnya ada idea lain yang mahu saya coretkan di entri ini. Saya ingin bercerita tentang kehamilan. Opss bukan saya yang mengandung tau kerana saya sudah .... Ini sebahagian cerita kepada teman makan kami Mama Itt.

Sejak mendapat berita dia mengandung (dalam usia mencengah 4 siri) kami semua gembira. Bukan apa, dia pastinya teruja untuk mengandung semula setelah hampir 9 tahun setia dengan 'handbang' lama. Pastinya nanti semuanya akan serba baru dan rasa teruja yang amat sangat.

Cuma saya kasihan pada Mama Itt yang dilanda morning sickness yang agak teruk (katanya start pada kehamilan anak pertama dan keduanya lagi). Ketika artikel ini ditulis, Mama Itt sudah hampir seminggu MC dek sebab tidak larat. Kami yang pergi ke rumahnya semalam kasihan melihat keadaan bakal ibu ini. Lembik dan katanya lebih enak berbaring sahaja.

Nak tengok TV pun tak lalu, apatah lagi masuk dapur ataupun memasak. Tekak terasa tidak mahu makan apa-apa dan katanya lagi lebih enak baring sambil menelan sedikit askrim ataupun bubur. Semoga Mama Itt terus bertahan untuk membawa seorang lagi khalifah Allah ke dunia yang indah ini.

Cuma saya cuba bandingkan dengan diri saya. Alhamdulillah, saya tidak merasai alahan itu. Cuma sekadar sedikit loya pada tekak (itupun pada bulan-bulan pertama). Selepas itu saya macam biasa. Setiasa bertenaga dan ceria. Daripada anak pertama hingga ke empat.

Mungkin ketika itu saya menghadapinya seorang diri (memandangkan En Abah masih kerja di Pantai Timur) dan Allah memberi sedikit keselesaan & kelonggaran untuk melalui semua itu. Dan apabila diuji peristiwa tahun lepas, saya tertanya-tanya, kenapa ia jadi pada saya.

Teruk rupanya morning sickness ini. Mendengar cerita teman-teman lain juga begitu. Setiap saat mahu muntah. Atau petang sahaja mahu keluar isi perut. Lebih teruk tudak boleh pandang muka ataupun bau suami. Setakat tidak boleh masak, bisa diatur boleh makat diluar. Ada juga yang langsung tidak boleh mekap dan wajah dibiar polos. Tidak macam saya dulu, kata orang mekap tetap mampan.

Sentiasa posing. Kami bersama hadiah Al-Quran, sumbangan Big Bos KMK...

Saya ingat bila anak pertama sahaja kita mengalami alahan ini, tetapi rupa-rupanya tetap sama sama ada kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya. Ye, saya bersyukur tidak mengalaminya. Jauh di sudut hati saya macam nak rasa tetapi dalam usia begini mampukah saya bertahan?

Apa-apapun saya harpkan teman makan kami Mama Itt sentiasa sabar dengan ujian Tuhan ini dan pastinya bayi comel yang dinanti akan menceriakan kehidupan Aliya, Aiman dan pastinya suami tersayang.

Hot Mama Reen
12:23 pm

Friday, May 2, 2014

CHECK-IN HOTEL GARA-GARA CATUAN AIR...

3/5/2014
9.31 am


Salam,

Sudah lama saya pendam keinginan untuk menulis...dan hari ini sempena harijadi anak ke 2, Syed Adam Hakimi yang masuk 8 tahun...saya gagahkan diri membuka lappy dan jari-jari mula menari.

Sebenarnya banyak benda nak dicurah, tetapi kengkangan masa dan faktor lain menyebabkan niat yang satu itu tertunda. Namun hari ini dan apatah lagi bila melihat sifu Netty sudah kembali aktif berblog kembali (mungkin masanya yang hilang sebelum ini sudah jumpa), melihat beberapa entri di laman FBnya, terciptalah entri ini.

Hari ini menurut pekeliling yang saya terima mengatakan catuan air akan berakhir. Dan saya menunggu dalam debar apakah benar pekeliling itu. Kalau tidak pukul 9 pagi sahaja, air sudah ditutup. Dan kini (merujuk waktu saya menulis), jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dan air tetap keluar. Biasanya air akan dicatu selama dua hari dan kemudian barulah akan ada air semula.

Sepanjang hampir dua bulan air dicatu, saya akui memang agak payah. Mula-mula tu kami anggap perkara biasa. Lama-lama saya jadi fedup. Banyak benda tertangguh nak dilakukan gara-gara ketiadaan air ini.

Nak membasuh kain, basuh pinggan hatta memasak juga perlukan air yang banyak. Malah jika ada sesiapa nak datang rumah pun saya tak benarkan. Bukannya tak suka acara lepak-lepak ni, tetapi leceh bila keperluan air tiada.

Kami sekeluarga pula hanya harapkan air tangki untuk  mandi basuh pinggan dan segalanya untuk tempoh 2 hari itu. Kalau orang lain stand by botol, baldi atau tong besar tetapi kami memang harapkan air tangki semata-mata.

Gara-gara harapkan air tangki jugalah menyebakan kami terpaksa check in di hotel. Bukan nak berlagak kaya, tetapi itu hakikatnya. Cerita dua minggu lepas, balik dari kerja, anak-anak saya kerah mandi. Tetapi diorang menjerit mengatakan 'mama air takde'.

Saya ingat diorang main-main, sekali saya periksa, memang betul air tak de. Padahal itu hari pertama air takde. Masakan air tangki tidak mencukupi untuk kami enam beranak. Bayangkan setitis air pun takde. Setelah diselidik En Abah, rupa-rupanya air tidak dipum sebaiknya menyebabkan tangki kosong.

Memandangkan esok budak-budak masih bersekolah dan kami pula bekerja, jadi nak tak nak hotel adalah persinggahan terbaik. Memang boleh tumpang mandi rumah adik yang tinggal berdekatan, tetapi takkan esok pagi-pagi nak ketuk rumah dia.

Ketika En. Abah cadangkn lepak di hotel saya cuma ketawa dan rasa membazir. Tetapi setelah dipikir, itulah cara terbak untuk kami semua bersiap ke tempat masing-masing.

Walaupun hanya beberapa jam sahaja berada di hotel, tetapi sekurang-kurangnya kami dapat mandi, solat dan juga berehat seketika sambil melupakan masalah air untuk seketika.

Apabila bercerita dengan teman-teman pejabat ramai yang kata 'tula apasal tak tadah air'. Memang silap kami, tetapi tak sanggup rasanya tadah air setiap dua hari untuk jangka masa dua bulan itu.

Ramai yang marah pimpinan sedia ada berhubung masalah air. Kata mereka biar tak ada elektrik daripada air. Huh..bagi saya sama je air atau elektrik. Jika duduk di kampung, tak de elektrik tak apa lagi kerana cuaca sepoi-sepoi bahasa. Tetapi di bandar, macam terkepung dalam oven jika tiada kipas.

Dan ketika artikel ini ditulis (jam 10:23 pagi) air masih ada. Hati saya mula senang kerana jika sudah melepasi jam 9 pagi dan air masih keluar itu tanda catuan sudah berakhir.

Walaupun catuan dikenakan tempohari, hidup tetap diteruskan seperti biasa. Kita terpaksa bekerja, anak-anak pula kena kena sekolah, ada yang bercuti dan sebagainya. Kata orang tak de air tak efek apa pun. Itu sudah lumrah kehidupan. Takkan nak bersedih sebab air tak ada kan...

Apa-apapun itu semua kuasa Tuhan. Mungkin Tuhan tak tunjukkan kita sesuatu yang selama ini kita alpa. Maklum bila hujan turun je mulalah bebel 'alamak kereta baru basuh', 'habislah becak sana' sani' dan 'hish, sebab hujan susah nak pergi mana-mana'.

Hakikatnya, bila hujan turunlah air di empangan Klang Gate ke, Hulu Langat ke air akan naik dan berada pada paras mencukupi. Justeru, sama-samalah kita muhasabah diri dan ingat kes ketiadaan air ini adalah suatu masalah yang kecil, tetapi akan jadi besar bila ia berterusan (hujan tidak turun).

Mungkin lepas ini jika catuan air dikenakan lagi, kami anak beranak akan check in hotel lagi...gara-gara pum tidak berfungsi dengan baik.


Hot Mama Reen
10:34 am