Saturday, January 4, 2014

KAD KAHWIN PUNYA CERITA

4/12/2014
15:49 pm

Salam,

Minggu lepas En Abah menunjukkan sekeping kad pada saya. Sekali imbas seperti kalendar. Tetapi setelah dilihat ooo rupa-rupanya kad jemputan kahwin.

Saya cukup teruja untuk lihat siapa pengirimnya. Siapa sangka jemputan itu dari jiran kami di BP ini. Bayangkan hampir 8 tahun mendiami kejiranan ini, inilah jemputan kahwin pertama kami terima.

Saya seronok kerana dapat jemputan itu dan dalam masa sama saya senyum sendiri. Macam-macam kreativiti pasangan mempelai yang diilhamkan dalam membuat persiapan perkahwinan.

Mengimbas saat saya mahu berkahwin dulu, persiapan biasa-biasa saja. Maksud saya tidaklah terlalu canggih dan hebat seperti sekarang.

Masa saya dulu kad kahwin yang ditempah biasa-biasa saja (cuma ada tarikh, masa, alamat & tanpa gambar). Berbanding sekarang, kad kahwin dibuat pelbagai bentuk dan rekaan.
Saya pernah lihat kad kahwin yang diilhamkan dari facebook, peta, buku nota, pasport, tiket kapal terbang dan macam-macam lagi.

Biasanya pasangan muda yang mencipta idea ini dan direalisasikan oleh pereka kad kahwin ini. Kalau ada seorang grafik designer lagi mudah. Anda bole cipta pelbagai karakter dan hantar saja ke kedai untuk mencetaknya. Atau jika punya kawan GD, beri sahaja idea dan dia akan usahakan dan sebagai upah (belanja minum jer).

Tapi mungkin kad kahwin kreatif begini sesuai diberi untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk jemputan VIP saya kira kena bagi yang lebih proper.

Saya dulu pun hanya print kad untuk teman-teman rapat sahaja dan untuk orang kampung kad jemputannya sangat simple. Hanya kepingan kertas berwarna yang dicetak nama pasangan mempelai, tarikh, masa dan alamat rumah (part ini yang penting) tidak kira secanggih mana kad kahwin anda.

Kalau nak lebih tradisional, ikut cara mak saya yang jemput dari rumah ke rumah. Bukan sahaja pesanan lebih cepat sampai tetapi juga bole merapatkan silaturrahim.

Zaman sekarang ini, jemputan seperti itu mungkin tidak lagi diamalkan. Lebih canggih lagi jemputan melalui media sosial. Create sahaja page jemputan dan anda akan di tanya join, maybe or decline. Selalunya ramai yang kata join tapi rupanya hado...(kekangan masa kot).  Page jemputan sebegini bukan sahaja untuk urusan kahwin tetapi juga birthday, open house atau majlis kenduri.

Namun bagi saya, walau semoden mana anda, jemputan melalui kad kahwin perlu diteruskan. Rasa seperti tak lengkap majlis perkahwinan tanpa adanya kad jemputan ini.

Malah kad jemputan ( tak kisah bagaimana rekaannya) tetap menerbitkan nostalgia tatkala melihatnya kelak. Buktinya seorang teman Fasya Fazida yang menyambut ulang tahun ke 8 minggu lalu, sempat menitipkan sekali kad kahwinya (warna hitam gitu) dalam coretan madahnya di FB.

Moga bahagia hingga ke jannah ye Fasya Fazida. Seperti dia, saya juga masih menyimpan kad kahwin kami. Agak-agak anda juga begitu ke?

Ciri-ciri baik & jimat kad kahwin:
1. Perlu ada nama, alamat, tarikh, masa dan peta.
2. Jika buat di dewan atau hotel, pastikan ad tulis RSVP untuk menyenangkan tempahan katering dan tempat duduk.
3. Jangan terlalu fancy bimbang akan menyukarkan untuk membacanya.
4. Jangan juga kad jemputan yang terlalu kecil atau besar.
5. Tempah awal untuk elak jika ada masalah timbul (berhubung cetakan).
6. Advantage jika anda atau pasangan kreatif dan mendesign sendiri (untuk bajet).
7. Bincang dengan pasangan dan kongsi soal jemputan esp membabitkan teman sama.
8. Survey dua tiga tempat sebelum mencetak kad jemputan.

Mak Pengantin
16:37 pm

2 comments:

  1. Thank you kakak reen sayang. sempat memasukkan cerita kad kahwin saya dalam entry kamu. ekceli, kad kawin saya kaler biru gelap sebenarnya. bukan hitam. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang - THE MZH2 (MZH Function Centre)

    Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

    DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
    DEWAN SINARAN (240 pax)
    AUDITORIUM MZH (200 pax)

    Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

    Tel: +603 4107 8580
    Email: info.mzhfunction@gmail.com
    Website: www.mzhfunction.blogspot.com

    ReplyDelete