Saturday, September 30, 2017

Go With The Flow!!!

Sabtu
29/9/
11.13 pm

Salam,

Haha rasa tak percaya malam ni gigih untuk update blog yang dah setahun tak tulis apa-apa entri. Kadang-kadang sambil lalu je kat blog ni tanpa ada hati nak tulis. Ermm agaknya sebab selalu update bahan digital, jadi keinginan tu melewati hati untuk menulisnya.

Hidup ini umpama roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Tak tau apa nasib kita akan datang berbanding sebelum. Ada yang bernasib baik akan terus berada di takhta atas. Dan siapa sangka mereka  yang sebelum ini tidak di pandang akan berada dalam kedudukan sangat selesa. Apa yang penting ada skill tau kebolehan yang boleh dipamer pada orang atasan kerana senjata inilah yang menjadi satu kelebihan.

Apa-apa pun kita anggap itu adalah rezeki masing-masing. Mungkin ada benda yang kita alpa menyebabkan Tuhan 'memberhentikan' seketika dan insya-Allah kalau ada rezeki mungkin kita akan mendapat lebih dari itu. Ada masanya benda-benda macam ni memberi kita ingatan. Tidak semua orang suka pada kita. Siapa tahu sebab rambut sama tapi hati lain-lain.

Cheeky Boy, Aiman.
Untuk atasinya senang je. Lihat kemampuan kita adakah boleh mencapai limtasi yang telah ditetapkan. Kalau tidak better under diri tanpa ada sebarang sesalan. Biarkan yang berupaya sahaja mendepani segala cabaran di hadapan.

Urusan rezeki di tangan Tuhan. Dan kurniaan yang sedikit itu mampu buat kita bahagia. Asal jangan cari pasal dengan orang. Saya tanamkan dalam minda 'go with flow' dan memang bila kita ikut ketetapan minda, perjalanan jadi jadi lebih senang.

2016 yang sangat  mencabar dan 2017 memberi kita satu kesedaran bahawa hidup ini umpama roda. Bukan hanya menyentuh soal rutin harian, tetapi juga merangkumi pelbagai perkara termasuk urusan rezeki. Senang cerita tahun ini tiada percutian, tiada baju raya, tiada tabungan dan untuk langkah penjimatan kena BERPUASA. It's ok salah satu proses diet paling bak untuk kesihatan kannn.

Atau lepas ni lebih rajin 'update' blog sendiri yang maman sekarang ni boleh buat duit walau hanya di alam maya.

Tak ada rasa menyesal kerana segalanya sudah tersurat oleh Allah SWT.

xoxo
Mama Reen


No comments:

Post a Comment