Sunday, September 29, 2013

TASKA OH TASKA

Salam...
 
Hari ini genap sebulan my kids duduk di Taska Iman, Bandar Puteri Klang. Setelah hampir 7 tahun selesa di rumah orang. Bayangkan selepas raya hari tu, pengasuh sebelum yang kami panggil Kak Syida dan mak ( anak-anak panggil) bagi tahu tak boleh jaga untuk sementara. Pada mulanya rasa nak marah pada wanita yang berdarah mamak dan Pakistan ni, maklumlah dalam masa terdekat mana nak cari pengasuh baru.

 
Saya harapkan ‘tak boleh jaga’ tu hanya bersifat sementara, dan masih mahu dia terus menjaga anak-anak saya. Namun dari hari ke hari Kak Syida masih belum boleh menjaga mereka. Dia sekeluarga mengalami masalah gangguan yang mengambil masa lama untuk pulih.
 
Saya sudah bingung memikirkan tempat untuk meletakkan anak-anak saya. Tempat penjagaan anak-anak ibarat perkara penting bagi ibu berkerjaya yang tak punya khidmat bibik. Ramai mencadangkan saya letak di taska kerana lebih praktikal sebab mereka sentiasa open dan jarang bercuti. Namun hati saya berbelah bagi kerana tidak ada pengalaman meletakkan anak-anak di taska sejak anak pertama lagi.
 
Banyak benda tak elok yang dengar serta baca mengenai kecuaian di taska. Saya mula fikir yang buruk-buruk mengenai servis mereka yang kebanyakan pekerjanya Indon. Especially yang jaga baby walaupun bb Aiman taklah kecil sangat lagi (dah cecah usia setahun). Ada cerita tersedak susu, jatuh buaian, mati akibat tertelan buah dan macam-macam lagi yang menakutkan saya. Bukan nak kata letak di rumah pengasuh bagus, tetapi sekurang-kurangnya malapetaka seperti itu 'zero'.
 
Dalam masa terdesak dan disebabkan cuti yang menyusut, saya perlu buat keputusan yang drastik. Dan pastinya taska jadi pilihan. Banyak juga taska yang saya survey sekitar Bandar Puteri. Tetapi kebanyakan tidak menepati cita rasa. Nak kata cerewet sangat tidak pulak tetapi hati tak berapa senang. Bak kita jumpa seseorang tu jika hati tak berdegup kencang tandanya bukan jodoh kita dengannya.
 
Dua hari sebelum, saya nekad letak anak-anak di sebuah taska. Melihat dua orang pekerjanya yang juga anak dara saya jadi tertarik. Malah saya dianggap macam artis ketika mula-mula masuk ke situ untuk survey. Walaupun taskan itu tidak secantik taska2 lain, saya sudah puas hati.
 
Namun sehari sebelum lain pula jadinyaa. Kebetulan ketika itu masih di bulan Syawal so ramai yang membuat rumah terbuka termasuk surau Annur, berdekatan rumah. Saya dipelawa Izan untuk turut serta majlis rumah terbuka merangkap majlis silaturrahum. Pada mulanya segan nak pergi kerana jarang join aktiviti surau. Maklum banyak handbag kecik so membuatkan aktiviti surau terbatas.
 
Tetapi akhirnya saya dibukakan hati untuk pergi ke jamuan hari raya berkenaan. Daripada situ saya diberitahu jemaah surau ada sebuah taska yang memang bagus menjaga budak-budak. Jadi pada Isnin tu saya gamble hantar anak-anak ke situ. Alhamdulillah diterima walaupun last minute. Tuan empunya yang dipanggil Kak Lin atau Mak Long dengan senang hati menerima untuk menjaga bb Aiman yang berusia setahun serta dua orang anak saya yang transit. Cuma anak ketiga Aqil tidak mahu duduk di situ kerana seronok di sekolahnya hingga ke petang.
 
Dan setelah sebulan, saya dapati hospitaliti  taska ini seperti yang di beritahu jemaah di surau Annur. Bayangkan ada hampir 60 budak yang dijaga dalam satu masa. Ada yang transit dan ada yang duduk di situ hingga petang. Layanan kakak yang dipanggil Mak Long begitu dekat dengan kanak-kanak di situ. Cuma suaranya agak kuat, seperti marah tetapi tidak.
 
Setelah diselidiki, dia memang suka jaga budak dan punya anak yang dah besar. Mujur bb Aiman tidak banyak ragam sepanjang berada di situ. Walaupun baru sebulan, servis yang diberi memuaskan hati. Namun dalam masa sama masih mengharapkan Kak Syida boleh meneruskan khidmatnya kelak.
 
Persepsi pada taska terus berubah. Jangan ingat yang cantik itu bagus kerana taska yang biasa-biasa aje juga turut menawarkan servis bagus. Yang menariknya Taska Iman sudah 7 tahun dibuka dan dikendalikan 3 adik-beradik dan rata-rata ibu bapa yang hantar anak ke situ semuanya peramah dengan mereka.
 
Mungkin ada yang menempelek ‘ala baru sebulan’.. tapi sebulan itu menentukan sejauh mana bagus atau tidak servis yang diberikan. Daripada tidak tertarik untuk menghantar anak-anak ke taska kini ia menyelesaikan masalah saya sebagai hot mama yang bekerja. Cuma taska menuntut kita berdisiplin kerana cukup masa perlu ambil anak-anak. Jika tidak bayar sahaja OT mereka.
 
Ikhlas dari Hot Mama Reen.
10:44 am
Inilah Taska Iman, rupanya sudah tujun tahun beroperasi di Bandar Puteri. Saya juga sudah tujuh tahun bermastautin di sini sejak 2005.
Playground...saya perhatikan setiap kali budak-budak bermian, pintu pagar akan dikunci (maybe takut budak-budak keluar tanpa disedari).
Inilah dia Kak Lin atau dipanggil Mak Long oleh budak2 di Taska Iman...orangnya memang banyak cakap dan susah nak stop dia bercakap setiap kali ambik anak (Aiman dalam dukungan Mak Long).
 
 
 
 
 

5 comments:

  1. congrats my dear friend...jangan risau lagi pasal anak2...yg ptg kena jalinkan hubungan baik dgn penjaga taska/penyelia dia. So..secara tak langsung..dorang akan jagan anak kita dgn baik;-)

    ReplyDelete
  2. mmg funny la kak rin. retisss la sgt kan. mesti sbb tahu kita kerja media ek.
    haha, yg paling x tahan, caption last sekali ... (orangnya memang banyak cakap dan susah nak stop dia bercakap setiap kali ambik anak (Aiman dalam dukungan Mak Long).)..

    ReplyDelete
  3. boleh saya dapatkan contact utk taska ini?

    ReplyDelete
  4. Suka sy dgr citer puan...bole bg no contact taska ni...

    ReplyDelete
  5. Salam, nak tau contact taska ni boleh? Pusing2 tak jumpa pun

    ReplyDelete