Salam...
Hari ini
genap sebulan my kids duduk di Taska
Iman, Bandar Puteri Klang. Setelah hampir 7 tahun selesa di rumah orang.
Bayangkan selepas raya hari tu, pengasuh sebelum yang kami panggil Kak Syida
dan mak ( anak-anak panggil) bagi tahu tak boleh jaga untuk sementara. Pada
mulanya rasa nak marah pada wanita yang berdarah mamak dan Pakistan ni,
maklumlah dalam masa terdekat mana nak cari pengasuh baru.
Saya
harapkan ‘tak boleh jaga’ tu hanya bersifat sementara, dan masih mahu dia terus
menjaga anak-anak saya. Namun dari hari ke hari Kak Syida masih belum boleh
menjaga mereka. Dia sekeluarga mengalami masalah gangguan yang mengambil masa
lama untuk pulih.
Saya sudah
bingung memikirkan tempat untuk meletakkan anak-anak saya. Tempat penjagaan
anak-anak ibarat perkara penting bagi ibu berkerjaya yang tak punya khidmat
bibik. Ramai mencadangkan saya letak di taska kerana lebih praktikal sebab
mereka sentiasa open dan jarang
bercuti. Namun hati saya berbelah bagi kerana tidak ada pengalaman meletakkan
anak-anak di taska sejak anak pertama lagi.
Dalam masa
terdesak dan disebabkan cuti yang menyusut, saya perlu buat keputusan yang
drastik. Dan pastinya taska jadi pilihan. Banyak juga taska yang saya survey sekitar Bandar Puteri. Tetapi
kebanyakan tidak menepati cita rasa. Nak kata cerewet sangat tidak pulak tetapi
hati tak berapa senang. Bak kita jumpa seseorang tu jika hati tak berdegup
kencang tandanya bukan jodoh kita dengannya.
Dua hari
sebelum, saya nekad letak anak-anak di sebuah taska. Melihat dua orang
pekerjanya yang juga anak dara saya jadi tertarik. Malah saya dianggap macam artis
ketika mula-mula masuk ke situ untuk survey.
Walaupun taskan itu tidak secantik taska2 lain, saya sudah puas hati.
Namun sehari
sebelum lain pula jadinyaa. Kebetulan ketika itu masih di bulan Syawal so ramai
yang membuat rumah terbuka termasuk surau Annur, berdekatan rumah. Saya
dipelawa Izan untuk turut serta majlis rumah terbuka merangkap majlis
silaturrahum. Pada mulanya segan nak pergi kerana jarang join aktiviti surau.
Maklum banyak handbag kecik so
membuatkan aktiviti surau terbatas.
Tetapi
akhirnya saya dibukakan hati untuk pergi ke jamuan hari raya berkenaan.
Daripada situ saya diberitahu jemaah surau ada sebuah taska yang memang bagus
menjaga budak-budak. Jadi pada Isnin tu saya gamble hantar anak-anak ke situ. Alhamdulillah diterima walaupun last minute. Tuan empunya yang dipanggil
Kak Lin atau Mak Long dengan senang hati menerima untuk menjaga bb Aiman yang
berusia setahun serta dua orang anak saya yang transit. Cuma anak ketiga Aqil
tidak mahu duduk di situ kerana seronok di sekolahnya hingga ke petang.
Dan setelah
sebulan, saya dapati hospitaliti taska
ini seperti yang di beritahu jemaah di surau Annur. Bayangkan ada hampir 60
budak yang dijaga dalam satu masa. Ada yang transit dan ada yang duduk di situ
hingga petang. Layanan kakak yang dipanggil Mak Long begitu dekat dengan
kanak-kanak di situ. Cuma suaranya agak kuat, seperti marah tetapi tidak.
Setelah
diselidiki, dia memang suka jaga budak dan punya anak yang dah besar. Mujur bb Aiman
tidak banyak ragam sepanjang berada di situ. Walaupun baru sebulan, servis yang
diberi memuaskan hati. Namun dalam masa sama masih mengharapkan Kak Syida boleh
meneruskan khidmatnya kelak.
Persepsi
pada taska terus berubah. Jangan ingat yang cantik itu bagus kerana taska yang
biasa-biasa aje juga turut menawarkan servis bagus. Yang menariknya Taska Iman
sudah 7 tahun dibuka dan dikendalikan 3 adik-beradik dan rata-rata ibu bapa
yang hantar anak ke situ semuanya peramah dengan mereka.
Mungkin ada
yang menempelek ‘ala baru sebulan’.. tapi sebulan itu menentukan sejauh mana
bagus atau tidak servis yang diberikan. Daripada tidak tertarik untuk menghantar
anak-anak ke taska kini ia menyelesaikan masalah saya sebagai hot mama yang
bekerja. Cuma taska menuntut kita berdisiplin kerana cukup masa perlu ambil
anak-anak. Jika tidak bayar sahaja OT mereka.
Ikhlas dari
Hot Mama Reen.
10:44 am
![]() |
Inilah Taska Iman, rupanya sudah tujun tahun beroperasi di Bandar Puteri. Saya juga sudah tujuh tahun bermastautin di sini sejak 2005. |
![]() |
Playground...saya perhatikan setiap kali budak-budak bermian, pintu pagar akan dikunci (maybe takut budak-budak keluar tanpa disedari). |
![]() |
Inilah dia Kak Lin atau dipanggil Mak Long oleh budak2 di Taska Iman...orangnya memang banyak cakap dan susah nak stop dia bercakap setiap kali ambik anak (Aiman dalam dukungan Mak Long). |
congrats my dear friend...jangan risau lagi pasal anak2...yg ptg kena jalinkan hubungan baik dgn penjaga taska/penyelia dia. So..secara tak langsung..dorang akan jagan anak kita dgn baik;-)
ReplyDeletemmg funny la kak rin. retisss la sgt kan. mesti sbb tahu kita kerja media ek.
ReplyDeletehaha, yg paling x tahan, caption last sekali ... (orangnya memang banyak cakap dan susah nak stop dia bercakap setiap kali ambik anak (Aiman dalam dukungan Mak Long).)..
boleh saya dapatkan contact utk taska ini?
ReplyDeleteSuka sy dgr citer puan...bole bg no contact taska ni...
ReplyDeleteSalam, nak tau contact taska ni boleh? Pusing2 tak jumpa pun
ReplyDelete