Tuesday, October 6, 2015

PENANGAN AYAM MASAK KICAP @ SUMOR

12.03 pm
7 Oktober 2015


Assalamualaikum,
Semalam masih lagi dalam mood demam x demam. sakit kepala masih berterusan biarpun dah telan dua biji panadol plus ubat flu. Huh! kuat betul penangan jerebu sampaikan saya rasa cukup tak bermaya. Apatah lagi tekak ni terasa memang tak sedap nak jamah makanan lain. semuanya nak tak best.

Teringat daging yang diberi Eizan Ariffin. Daging korban raya haji hari itu. Saya terfikir nak masak kicap. Rindu pada masakan Ummi Wanie yang paling best masak ayam atau daging masak kicap. Tapi dia cuti bersalin ketika ini. Jadi saya gagahkan balik kerja dalam pukul 7 lebih untuk masak.

Saya tahu kalau saya masak kicap daging mesti budak2 tak makan punya, kecuali ayam. So saya pun tukar menu Ayam Masak Kicap. Resipi dari arwah emak yang paling legend Ayam Masak Kicapnya atau kami panggil masak Sumor. Senang je resipinya dan hidangan cepat untuk disediakan. Apabila dah siap huhu maunya memang best. Budak-budak pun suka lebih-lebih lagi memang dah lama mamanya tak turun masak. tetapi tekak saya masih tak boleh terima. Saya hanya sentuh seketul dua daging goreng. Selebihnya saya hanya pandang budak-budak makan.

Jom saya kongsi Ayam Masak Kicap @ Masak Sumor:   
jeng jeng jeng...Ayam Masak Kicap @ Sumor (abaikan gambar)


Bahan-bahan:
Ayam - dipotong kecil & digoreng setengah masak
Sebiji labu bawang besar - dihiris
Dua ulas bawang putih - dihiris
Sedikit halia - dihiris
1 tangkai cili besar - dihiris
Kicap ikut jenama 
Sedikit gula, garam & perisa
Sedikit air
Air asam jawa - jika perlu

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi. Masukkan bahan hirisan dan biarkan hingga naik bau.
2. Masukkan kicap Mudim/Kicap Kipas Udang (dicadang) atau apa sahaja brand ikut cita rasa. Masukkan air sedikit.
3. Masukkan sedikit air. Letakkan air asam jawa (jika suka).
4. Tambahkan perisa secukup rasa.

Selamat mencuba!!!

Mama Reen
1:52 pm



No comments:

Post a Comment