Tuesday, September 24, 2013

SPAGETI HOT MAMA

Morning uolsss...(dh x morning sangat pun...14:46 pm)

Sebenarnya malam tadi nak le nukil something...tapi lepas masak spageti (kesukaan anak-anak), then lipat kain yang berbakul-bakul terus lena sambil 'ngempeng' bb Aiman. Rasa ralat tidak menukilkan sesuatu dalam blog. Umpama tak pakai celak di mata, rasa tak complete rutin harian. Bila nak bangun balik, kelopak mata dah sukar untuk dibuka dan akhirnya terus lena diulit mimpi. Cuma malam tadi bb Aiman macam meragam mungkin kerana tidak selesa hidungnya disumbat lelehen hijau.

So pagi ni, terus ngadap phone dan jejari mula menulis. Sebenarnya petang semalam dalam perjalanan balik rumah, banyak ide dalam kepala dan berkira-kira mahu mencoret. Namun apa yang dirancang tak semuanya menjadi. Tuntutan sebagai ibu (hot mama le katakan) perlu diutamakan. Maklum bila sampai je rumah semua berebut nak mama dia, Mama adik nak ni (Aqil masih bahasakan diri dia adik), Mama, esok Adam nak gi rumah hantu, Mama kakak nak aiskrim dan macam-macam mama lagilah....

Tapi dalam letih tu sempat lagi masak Spageti. Cuma frust kali ni bukan spageti San Remo, tapi jenama lain yang mi dia lepas masak kecil sedikit. Saya mula belajar masak spageti ni masa duduk bujang di Setiawangsa. Ada seorang teman yang memang pakar memasak spageti dan saya mula belajar daripadanya.

Pada mulanya spageti saya masak tak berapa sedap (itu saya akui). Malah saya pernah bawak ke hospital (ketika bapak menjaga arwah mak yang sakit di HKL) untuk diberi pada bapak. Tetapi bapak suruh saya bawa balik kerana katanya mi masam. Saya cuba mencari resipi yang sedap untuk spageti ini dan akhirnya barulah saya ketemu resipi yang oh yummy sangat rasanya. Resipi ini saya belajar dari kak Mazlon (kawan kak Ruzian Mat Jan) ketika mengikut kak Yan beraya di rumahnya beberapa tahun lalu.

Setelah dicuba, resipi ini memang kena dengan tekak saya dan anak-anak terutamanya yang sulung, Syafiqa. Suka sangat jika saya memasaknya dan semalam suruh saya belajar buat spageti putih (mungkin maksudnya carbonara)...ehmmm..tengoklah mungkin saya kena cari resipi yang betul-betul sedap kerana jika tidak, malas untuk mencubanya. Bukan apa nanti jika tidak dimakan hanya akan menjadi juadah 'tong sampah'.

Jom, share resipi spageti Hot Mama yang memang sangat best dan yummy..let's do it:

SPAGETI HOT MAMA

Bahan-bahan
1 bungkus pageti San Remo - direbus dengan sedikit minyak zaiton/butter hingga benar-benar lembut
1 biji bawang Holland     }
3 biji bawang putih          }dipotong dadu (awas pakai kaca mata untuk elak mata berair
1 bungkus daging cencang segar/ daging kisar Ramly
3 batang sosej - dipotong serong
1 tin sos spageti P
rego
3-4 sudu sos lada hitam Puteri
Sedikit daun kari
Sedikit sayuran campur atau cendawang butang -
Sedikit keju kisar
Butter
Minyak zaiton

Cara-cara membuat:
1. Panaskan kuali dan masukkan butter dan minyak zaitun - lagi banyak minyak zaiton lagi sedap
2. Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun kari dan biar hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan biarkan sebati.
4. Masukkan sos percik dan gaul sebati. Kemudian barulah masukkan sos spageti prego dan kacau sebati.
5. Masukkan pula sayur campur atau cendawan butang. Biarkan hingga naik minyak dan bolehlah diangkat.
6. Hidangkan dengan spageti dan juga taburan  keju di atasnya. Siapp untuk dihidangkan seisi keluarga.

senang kan resipi Hot Mama ni...sebenarnya rahsia sedap spageti ini terletak pada sos lada hitam tu. Kombinasi sos lada hitam dan sos prego menjadikan rasanya sedikit rasa Melayu. Hehe..ibu-ibu di luar sana cubalah resipi ini. Saya gerenti anda akan menjadikan ia resipi tetap setiap bulan.


ni bukan gambr spageti Hot Mama, tapi lebih kurang begini resipinya...he3

Monday, September 23, 2013

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang...


SALAM...

Melihat jam sudah pukul 23.59...saya baru sahaja lepaskan lelah menguruskan kerja2 rumah. Dari pukul 19.20 sampai rumah, tangan tak henti buat kerja. Terus potong daging dan bukak tin sardin untuk hidangan malam. Walau daging masak kicap agak liat, tapi anak-anak terutama Aqil terus kata sedap.

Daripada memasak terus pula menidurkan baby Aiman. Biasala dia nak 'ngempeng' sebelum lena. Bukan dia je yang lena, tapi saya juga. Terasa penat hilang sekejap, tapi cepat2 tersedar abapila fikir kain belum disidai (dibasuh oleh suami), cepat-cepat bingkas bangun menyidai baju ditemani Aqil. Walaupun tak pandai budak gemok (panggilan untuknya) cuba untuk tolong sidai sehelai dua baju
Habis sidai bergegas menseterika baju sekolah anak2, baju suami dan baju saya. Setelah selesai semua barulah saya mampu melabuhkan badan di tilam yang dikongsi bersama 3 anak bujang (Adam, Aqil & Aiman). Sedang orang lain enak duilit mimpi, mata terkebil-kebil. Biasalah bila waktu bertukar ke pukul 00:00 memang sukar untuk lelapkan mata.

Jadi apa lagi melayan blog yang sudah semakin seronok untuk mencoretnya. Tak kisah ada orang baca atau tidak, yang penting kepuasan dapat menulis.

Hari ini office kecoh dengan kedatangan penyanyi kecil Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Budaknya kecil sahaja tetapi punya bakat luar biasa. Bulan sahaja pandai menyanyi tetapi juga bijak mengelabui mata kami dengan permainan silap mata.

Siapa sangka dulu dia hanya pengamen ( peminta sedekah) tetapi kini khabarnya sudah jutawan. Malah mampu menolong keluargamya dengan membeli apartment mewah di negara kelahirannya, Indonesia.

Saya kira semua orang berpeluang untuk hidup bahagia. Cuma terpulang pada setiap takdir yang Tuhan tentukan. Cuma pabila sudah berada di puncak, jangan lupa pandang yang di bawah. Kerana semuanya bermula dari akar umbi. Bersyukur dengan apa yang ada, tapi selagi bernama manusia kita tidak pernah rasa cukup.


Inilah My Aqil yang setia teman sidai baju...(kredit harijadi farhan-Miza)
Seperti saya, kalau aku kaya (bak lagu awie rafael & altimet) macam-macam dalam kotak fikiran. Berangan nak pakai beg tangan berjenama mewah, sepatu mahal ataupun aksesori hebat (PANDORA). Namun itu semua anganan yang seronok untuk dijadikan mainan dalam fikiran sebelum mata lelap. Mungkin impian akan tercapai dan diakhirnya saya akan tersenyum selebarnya.
*Mata dah nak lelap....so berhenti sini dulu....mahu berehat untuk tengah malam ini sebelum rutin harian kembali sibuk esok dan esok dan seterusnya....


Hot Mama
00:24

Saturday, September 21, 2013

September...bulan cinta


Coretan: Mama Reen

Salam...

Tatkala sedang menikmati kenikmatan cuti hujung minggu di minggu ketiga bulan September ini, saya teringin mencoret sesuatu mengenai bulan ini. Saya anggap September bulan yang sangat istimewa. Bulan ke sembilan daripada 12 bulan dalam setahun ini memberi seribu makna dan cukup beerti pada saya.

Kenapa agaknya saya kata begitu? Adakah kerana tinggal beberapa bulan lagi mahu melangkah ke tahun baru? Sebenarnya bagi saya, bulan ini dianggap sebagai bulan cinta. Ya saya perhatikan September seperti satu trend untuk pasangan mengakhiri cinta indah mereka dengan sebuah ikatan perkahwina. Lihat sahaja beberapa artis terkenal seperti Black, Faoziah Gous ( sekadar menyebut beberapa nama) yang memilih untuk berkahwin di bulan ini.

Mungkin juga masa sesuai untuk membuat majlis kenduri kerana faktor masa dan kesesuaian. Misalnya kita baru sahaja menyambut ramadhan dan syawal dan juga faktor cuaca yang sejuk dan nyaman. Ehemm..sesuai untuk aktiviti bulan madu.  Seperti seorang teman munira maria yang jug memilih September sebagai tarikh bersejarah menamatkan zaman gadisnya dan memilih pukhet sebagai destinasi bulan madu.

Saya sendiri juga memilih September untuk mengakhiri zaman bujang 12 tahun lalu. Saya senang melakukan semua persiapan untuk majlis kahwin yang diadakan di kampung,Tementi, Pahang. Teringat saat berulang-alik dari setiawangsa dan semua house untuk membuat hantaran, cenderahati tetamu dan lain-lain. Dalam pada sibuk membuat persiapan ketika itu , dunia dikejutkan dengan serangan WTC Pada 11 September dan tarikh saya bernikah pula pada 14 September 2011. Namun alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan dihadiri ramai teman-teman. Ini untungnya berkahwin awal berbanding teman-teman lain kerana mereka akan datang memeriahkan majlis ini.

Saya kira bukan saya sahaja yang memilih September sebagai bulan cinta, tetapi beberapa teman seperti Rosmah Idayu, Hasnita dan beberapa teman lain. Bulan inilah kami meraikan ulang tahun perkahwinan bersama keluarga. Tahun ini saya raikannya biasa2 saja dan tidak kisah mengenainya. Apa yang penting saya dan suami mengingati tarikh keramat ini dan masih bahagia melayari cinta kami dengan 4 cahayamata.

Semoga saya dan suami akan dapat meraikan September bulan cinta kami tahun depan dengan cara berbeza...mungkin bukan 4, tetapi 5...insya-Allah. Sama juga teman-teman lain yang turut menjadikan September bulan cinta mereka agar terus semarakkan September menjadi lebih hangat & membara...

Salam September..2013




Friday, September 20, 2013

Giler tulis blog

Salam...

Hari ini tiba-tiba macam meroyan nak tulis blog. Mungkin sebab suka menulis sejak dulu-dulu lagi. Kalau tak, takde le gigih ambik STPM sebab nak ambik course mass comm. Berangan nak belajar kat Uitm, tapi novel Sindora tulisan Shamsiam Mohd Nor menyebabkan saya bertukar angina belajar di over the sea..USM.

Pernah juga berangan nak keje kat newspaper, tapi bakal suami (ketika itu) tak galakkan sebab tahu keje kat paper macam mana. At last keje kat majalah, ok jugak dapat jumpa VIP dan juga golongan marhaian. Pernah juga berangan nak tulis novel..tapi idea je la dalam kepala..nak teruskan mungkin belum masa.

Sibuk urus empat anak dan hanya sempat berehat bila anak-anak dah tidur. Lelah dibuatnya walaupun suara dah macam petir marahkan anak-anak. Makin besar makin banyak perangai mereka. Hanya sempat curi-curi masa berFB dan tonton TV. Itupun kena tunggu hari jumaat dan esoknya cuti.

Seronok rupanya dapat tulis blog. Ibarat diari kecil kita macam dulu-dulu tapi dalam kondisi yang lebih menyeronokkan. Dulu diari kecil kita luahkan segala-galanya. Emak marah ke, gaduh dengan kawan or boyfie tak dating jumpa, semuanya diluahkan dalam buku kecil yang kadang kala ada bunga di depan. Siap tulis 'siapa baca dia berdosa' untuk menjaga privasi.

Sekarang segalanya hujung jari. Mungkin lama-lama tulis blog akan jadi habit seperti kita buka FB or twitter ataupun instagram. Cuma hot mama macam saya ni punya masa ke? He3..saya akan cuba usahakan kerana bagi saya hot mama sangat versatil..macam2 kerja boleh dilakukan dalam satu masa. Jadi kepada teman-teman ayuh kita berblogging..semoga ada coretan, pengalaman ataupun diari anda boleh jadi panduan dalam menelusuri kehidupan ini.

* tq to netty yang ajar walaupun bz...nnt hot mama belanja yer..

Selamat berhujung minggu...

REZEKI ALLAH

almost 6.30..dah nak balik..ermmm nak masak apa ye har ni..tadi ada beli daging pekasam..tapi x sure nak masak apa..hasnita agak2 masak apa daging pekasam tu..tapi takut budak2 tak makan pulak..diorg ni suka makan telur goreng, telur goreng dan telur goreng...cuma mood masak x berapa nak mari coz..ehem2...rezeki Allah...walaupun pada mulanya agak payah nak terima tapi...mama reen bersyukur...

JANJI NAROS

sangat teruja belajar tulis blog ni...sebenarnya dah lama nak belajar. teringat janji-janji pada cik naroswati aka makcik kantin ...mujur netty ah hiyer nak ajarkan...banyak benda ni nak tulis..he..he...he..apa-apapun hidup mesti vogue.....

Thursday, September 19, 2013

HELOOO


inilah mama reen yang vogue...
salam uolssss..it's me mama reen...my first word...hari ini saya belajar buat blog dari wartawan MW yang gojesss..netty ah hiyer.
 
kawan-kawan lain pun sedang tengok saya belajar buat blog....sapa lagi kalau bukan jawa tempe dan fasyafazida dan mama yang juga gojes...mama ita