12.06 pm
Salam...
Terpanggil untuk menulis entri ini memandangkan hari ini rasanya cukup istimewa buat warga pendidik. Mana tidaknya hari ini adalah hari kebesaran mereka sempena Hari Guru. Ramai juga teman-teman yang jadi guru@cikgu@pendidik dan macam-macam lagi gelaran.
Teman-teman yang sama-sama belajar di USM, sebahagiannya bergelar pendidik... Selamat hari guru uolsss. |
Cuma memang saya tidak dijodohkan untuk menjadi guru ataupun bertemu jodoh dengan guru. Tetapi saya juga ada pengalaman bergelar guru untuk satu hari. Saya masih ingat ketika itu di Sunway dan sekolah yang saya dapat untuk menjadi guru sementara itu adalah sekolah Cina. Tetapi hanya mampu bertahan satu hari sahaja dan saya memang tidak betah untuk bergelar pendidik.
Biarlah teman-temkan saya yang ambil satu kursus iaitu Mass Comm in Journalism/ Broadcasting tetapi mengubah haluan jadi guru. Kepada Cikgu Cak, Enn, Zie, Sudir dan lain-lain., semoga korang semua selesa dengan geralan yang akan dibawa hingga akhir hayat. Banyak pahala korang tau.
Sebenarnya ada idea lain yang mahu saya coretkan di entri ini. Saya ingin bercerita tentang kehamilan. Opss bukan saya yang mengandung tau kerana saya sudah .... Ini sebahagian cerita kepada teman makan kami Mama Itt.
Sejak mendapat berita dia mengandung (dalam usia mencengah 4 siri) kami semua gembira. Bukan apa, dia pastinya teruja untuk mengandung semula setelah hampir 9 tahun setia dengan 'handbang' lama. Pastinya nanti semuanya akan serba baru dan rasa teruja yang amat sangat.
Cuma saya kasihan pada Mama Itt yang dilanda morning sickness yang agak teruk (katanya start pada kehamilan anak pertama dan keduanya lagi). Ketika artikel ini ditulis, Mama Itt sudah hampir seminggu MC dek sebab tidak larat. Kami yang pergi ke rumahnya semalam kasihan melihat keadaan bakal ibu ini. Lembik dan katanya lebih enak berbaring sahaja.
Nak tengok TV pun tak lalu, apatah lagi masuk dapur ataupun memasak. Tekak terasa tidak mahu makan apa-apa dan katanya lagi lebih enak baring sambil menelan sedikit askrim ataupun bubur. Semoga Mama Itt terus bertahan untuk membawa seorang lagi khalifah Allah ke dunia yang indah ini.
Cuma saya cuba bandingkan dengan diri saya. Alhamdulillah, saya tidak merasai alahan itu. Cuma sekadar sedikit loya pada tekak (itupun pada bulan-bulan pertama). Selepas itu saya macam biasa. Setiasa bertenaga dan ceria. Daripada anak pertama hingga ke empat.
Mungkin ketika itu saya menghadapinya seorang diri (memandangkan En Abah masih kerja di Pantai Timur) dan Allah memberi sedikit keselesaan & kelonggaran untuk melalui semua itu. Dan apabila diuji peristiwa tahun lepas, saya tertanya-tanya, kenapa ia jadi pada saya.
Teruk rupanya morning sickness ini. Mendengar cerita teman-teman lain juga begitu. Setiap saat mahu muntah. Atau petang sahaja mahu keluar isi perut. Lebih teruk tudak boleh pandang muka ataupun bau suami. Setakat tidak boleh masak, bisa diatur boleh makat diluar. Ada juga yang langsung tidak boleh mekap dan wajah dibiar polos. Tidak macam saya dulu, kata orang mekap tetap mampan.
Sentiasa posing. Kami bersama hadiah Al-Quran, sumbangan Big Bos KMK... |
Saya ingat bila anak pertama sahaja kita mengalami alahan ini, tetapi rupa-rupanya tetap sama sama ada kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya. Ye, saya bersyukur tidak mengalaminya. Jauh di sudut hati saya macam nak rasa tetapi dalam usia begini mampukah saya bertahan?
Apa-apapun saya harpkan teman makan kami Mama Itt sentiasa sabar dengan ujian Tuhan ini dan pastinya bayi comel yang dinanti akan menceriakan kehidupan Aliya, Aiman dan pastinya suami tersayang.
Hot Mama Reen
12:23 pm
No comments:
Post a Comment