Monday, September 30, 2013

HIDUP BERJAUHAN? SUSAH ATAU SENANG...


Salam..
12.50 am
Diam tak diam sudah hampir 12 tahun saya dan En. Abah melayari kehidupan berumah tangga. Suatu tempoh yang lama. Sebenarnya lebih lama saya mengenali lelaki yang dilahirkan di Sarawak (kerana keluarganya bekerja dengan sebuah syarikat minyak di sana) dan dibesarkan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor dan juga Terengganu. Rasanya hampir 17 tahun tempoh kami mula berkenalan (tak silap pada tahun 1996 ketika sama-sama belajar di universiti yang paling cantik pernah saya jejaki, USM, Penang).

Masih saya ingat waktu itu sama-sama bergelar belajar dan masing-masing poket kosong. Kalau makan di luar pun mengamalkan konsep siapa ada duit dia yang perlu bayar. Tak perlu bermewah kerana kekangan duit belanja dan yang penting dapat menamatkan pengajian. Malah kami juga sama-sama belajar hidup berdikari dengan bekerja sambilan (pada tahun akhir, memandangkan subjek yang diambil tidak banyak) untuk menyara keperluan diri. Saya sendiri bekerja di restoran segera A&W dan dia pula di Delifrance di pusat beli-belah yang kami panggil Shunshine (tak pasti sekarang ada lagi ke tidak).

Sebaik tamat pengajian, kami sama-sama konvo (pada 1998) dan mula mencari pekerjaan sesuai. Walaupun zaman itu dianggap sukar untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan, tetapi rezeki kami baik. Walau bagaimanapun, En. Abah bekerja di Pantai Timur (di sebuah syarikat minyak) dan saya pula meneruskan minat menulis di Karangkraf. Jodoh antara kami panjang dan akhirnya berkahwin pada tanggal 14 September 2011.

Sejak itu bermulalah kehidupan jarak jauh. Sebelum itu tiada masalah tetapi apabila saya sudah melahirkan anak, keperitan itu mula terasa. Daripada satu anak hinggalah masuk dua dan akhirnya tiga. Kami hanya sempat berjumpa ketika cuti hujung minggu sahaja (itu pun tidak sama kerana Pantai Timur cuti dari Jumaat hingga Sabtu). Untuk langkah penjimatan, En. Abah akan carpool dengan beberapa temannya yang turut sama mempunyai keluarga di sini.

Saya masih ingat betapa sukar waktu itu (punya anak kecil) perlu angkat mereka yang masih tidur kerana mahu menghantar En. Abah ke rumah temannya (yang secarpool) di subuh hari.  Bukan itu sahaja saya juga terkenang pengalaman perlu menyusukan anak sambil membawa kereta gara-gara dia menangis sepanjang jalan pulang ke rumah. Macam-macam lagi dugaan yang perlu saya alami sepanjang hidup berjauhan.

Oleh sebab kedegilan saya untuk kembali bekerja (pernah berhenti sementara kerana nak jaga anak), saya perlu tegar daripada memikirkan masalah-masalah lain. Kata orang hati perlu keras dan jangan terlalu lembut. Walaupun anak sakit (sekadar demam) jangan sibuk telefon En. Abah dan suruh balik. Biarkan sahaja dan waktu hujung minggu barulah berkesempatan untuk pulang. Saya perlu jadi ibu dan ayah kepada anak-anak (waktu itu anak yang sulung, Syafiqa dan anak kedua, Adam).

Sepanjang berjauhan ini juga, kami mengamalkan sikap saling mempercayai dan jangan ada curiga bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina. Jika ada curiga di hati, alamatnya susah untuk hidup berjauhan. Jangan bersikap terlalu manja kerana kita perlu buat keputusan sendiri secara drastik. Bukan setahun dua kami hidup berjauhan tetapi mengambil masa lapan tahun. Wow! Satu jangka masa lama dan saya juga seperti tidak percaya mampu uruskan anak-anak dalam tempoh itu.

Dalam masa sama saya sentiasa berdoa agar dia ditukarkan ke sini dan Tuhan itu Maha Mendengar dan Memahami. Ketika anak ketiga saya (Aqil) menganjak usia dua tahun, En. Abah akhirnya dapat ditukarkan ke sini. Gembira hati tak terkira tetapi dalam masa sama reda jika terpaksa kembali berjauhan.

Kini sudah hampir 3 tahun kami hidup bersama kembali. Dan saya kira bukan saya saja mengalami situasi ini. Malah ada ramai lagi ibu-ibu yang terpaksa berjauhan dengan suami dek kerana tuntutan kerja. Namun melalui pengalaman saya sepanjang lapan tahun ini ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan jika memilih untuk hidup berjauhan. Bukan sahaja dalam cara mengeratkan kasih sayang, tetapi juga apabila perlu bertindak sebagai ketua keluarga. Semoga tip yang diberi mampu memberi kelegaan pada ibu-ibu di luar sana yang memilih cara hidup begini.

TIP TINGGAL BERJAUHAN

1. Perlu memikirkan tempat tinggal yang selesa. Ini senang jika suami balik pada hujung minggu dan tidak perlu menyusahkan keluarga ataupun rakan. Sebolehnya sewa rumah sendiri tanpa ada penyewa lain. Anda juga perlu ada kereta bagi mengelakkan perkara kecemasan seperti anak sakit dan perlu dihantar ke klinik segera.
2. Jika ada anak kecil, anda perlu membeli barangan keperluan rumah ketika suami balik bercuti hujung minggu. Ini bagi mengelakkan anda makan di luar ataupun beli makanan sebelum balik ke rumah bila pulang dari pejabat.

3. Jauhkan sikap buruk sangka ataupun curiga pada pasangan. Sebaliknya tanam sikap saling percaya- mempercayai bagi mengelakkan kita rasa gusar ataupun runsing sepanjang ketiadaannya.

4. Sentiasa menghubunginya agar dia merasakan bahawa anda dekat dengannya. Kata orang jauh di mata dekat di hati. Jika tidak dapat menghubungi, cukuplah sekadar menghantar pesanan ringkas. Jangan risau jika tidak dapat menghubunginya mungkin dia ke masjid ataupun belum pulang daripada kerja.
5. Seeloknya anda juga perlu mencari pengasuh untuk menghantar anak bukan taska. Ini kerana jika ada kerja luar dan suami pula tidak pulang, pengasuh boleh tolong jaga anak anda.

6. Kalau boleh tinggal berdekatan dengan adik-beradik yang juga menetap di tempat sama. Jika tidak pun, teman sepejabat yang boleh kita minta pertolongan sekiranya ada masalah.
7. Sentiasa luangkan masa bersama suami setiap kali dia pulang ke rumah. Kalau boleh bercuti pada hari Jumaat (bagi yang hari cutinya pada Jumaat dan Sabtu), untuk menghabiskan masa bersama. Inilah masanya anda menyediakan hidangan kegemaran dan membawa anak-anak berjalan-jalan. Elakkan aktiviti bersama teman-teman pada hari berkenaan.

8. Jika boleh selesaikan masalah sendiri, anda cuba selesaikan tanpa membabitkan suami. Misalnya anak demam, mungkin anda boleh membawanya ke klinik berhampiran. Tetapi sekiranya anak mengalami penyakit yang serius, bolehlah beritahu suami keadaannya.
9. Jika ada masa anda boleh sekali skala mengunjunginya. Untuk lebih selamat naik sahaja kenderaan awam seperti bas. Tetapi ini diingatkan jika anak anda seorang la, jika anak ramai agak susah untuk membawa mereka.

10. Atur cuti anda sebaiknya. Terutamanya jika ada undangan kenduri ataupun jika mahu bercuti panjang. Sebolehnya, rancang terlebih dahulu dan jangan membelakanginya dia dalam membuat sebarang keputusan.
11. Apa-apa sahaja yang anda lakukan, sila beritahu pasangan. Bukannya apa, bimbang jika ada masalah berbangkit di kemudian hari tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. Dan paling penting anda perlu bersikap jujur dalam apa semua perkara.  


Hot Mama Reen
14.15 pm
 

Sunday, September 29, 2013

TASKA OH TASKA

Salam...
 
Hari ini genap sebulan my kids duduk di Taska Iman, Bandar Puteri Klang. Setelah hampir 7 tahun selesa di rumah orang. Bayangkan selepas raya hari tu, pengasuh sebelum yang kami panggil Kak Syida dan mak ( anak-anak panggil) bagi tahu tak boleh jaga untuk sementara. Pada mulanya rasa nak marah pada wanita yang berdarah mamak dan Pakistan ni, maklumlah dalam masa terdekat mana nak cari pengasuh baru.

 
Saya harapkan ‘tak boleh jaga’ tu hanya bersifat sementara, dan masih mahu dia terus menjaga anak-anak saya. Namun dari hari ke hari Kak Syida masih belum boleh menjaga mereka. Dia sekeluarga mengalami masalah gangguan yang mengambil masa lama untuk pulih.
 
Saya sudah bingung memikirkan tempat untuk meletakkan anak-anak saya. Tempat penjagaan anak-anak ibarat perkara penting bagi ibu berkerjaya yang tak punya khidmat bibik. Ramai mencadangkan saya letak di taska kerana lebih praktikal sebab mereka sentiasa open dan jarang bercuti. Namun hati saya berbelah bagi kerana tidak ada pengalaman meletakkan anak-anak di taska sejak anak pertama lagi.
 
Banyak benda tak elok yang dengar serta baca mengenai kecuaian di taska. Saya mula fikir yang buruk-buruk mengenai servis mereka yang kebanyakan pekerjanya Indon. Especially yang jaga baby walaupun bb Aiman taklah kecil sangat lagi (dah cecah usia setahun). Ada cerita tersedak susu, jatuh buaian, mati akibat tertelan buah dan macam-macam lagi yang menakutkan saya. Bukan nak kata letak di rumah pengasuh bagus, tetapi sekurang-kurangnya malapetaka seperti itu 'zero'.
 
Dalam masa terdesak dan disebabkan cuti yang menyusut, saya perlu buat keputusan yang drastik. Dan pastinya taska jadi pilihan. Banyak juga taska yang saya survey sekitar Bandar Puteri. Tetapi kebanyakan tidak menepati cita rasa. Nak kata cerewet sangat tidak pulak tetapi hati tak berapa senang. Bak kita jumpa seseorang tu jika hati tak berdegup kencang tandanya bukan jodoh kita dengannya.
 
Dua hari sebelum, saya nekad letak anak-anak di sebuah taska. Melihat dua orang pekerjanya yang juga anak dara saya jadi tertarik. Malah saya dianggap macam artis ketika mula-mula masuk ke situ untuk survey. Walaupun taskan itu tidak secantik taska2 lain, saya sudah puas hati.
 
Namun sehari sebelum lain pula jadinyaa. Kebetulan ketika itu masih di bulan Syawal so ramai yang membuat rumah terbuka termasuk surau Annur, berdekatan rumah. Saya dipelawa Izan untuk turut serta majlis rumah terbuka merangkap majlis silaturrahum. Pada mulanya segan nak pergi kerana jarang join aktiviti surau. Maklum banyak handbag kecik so membuatkan aktiviti surau terbatas.
 
Tetapi akhirnya saya dibukakan hati untuk pergi ke jamuan hari raya berkenaan. Daripada situ saya diberitahu jemaah surau ada sebuah taska yang memang bagus menjaga budak-budak. Jadi pada Isnin tu saya gamble hantar anak-anak ke situ. Alhamdulillah diterima walaupun last minute. Tuan empunya yang dipanggil Kak Lin atau Mak Long dengan senang hati menerima untuk menjaga bb Aiman yang berusia setahun serta dua orang anak saya yang transit. Cuma anak ketiga Aqil tidak mahu duduk di situ kerana seronok di sekolahnya hingga ke petang.
 
Dan setelah sebulan, saya dapati hospitaliti  taska ini seperti yang di beritahu jemaah di surau Annur. Bayangkan ada hampir 60 budak yang dijaga dalam satu masa. Ada yang transit dan ada yang duduk di situ hingga petang. Layanan kakak yang dipanggil Mak Long begitu dekat dengan kanak-kanak di situ. Cuma suaranya agak kuat, seperti marah tetapi tidak.
 
Setelah diselidiki, dia memang suka jaga budak dan punya anak yang dah besar. Mujur bb Aiman tidak banyak ragam sepanjang berada di situ. Walaupun baru sebulan, servis yang diberi memuaskan hati. Namun dalam masa sama masih mengharapkan Kak Syida boleh meneruskan khidmatnya kelak.
 
Persepsi pada taska terus berubah. Jangan ingat yang cantik itu bagus kerana taska yang biasa-biasa aje juga turut menawarkan servis bagus. Yang menariknya Taska Iman sudah 7 tahun dibuka dan dikendalikan 3 adik-beradik dan rata-rata ibu bapa yang hantar anak ke situ semuanya peramah dengan mereka.
 
Mungkin ada yang menempelek ‘ala baru sebulan’.. tapi sebulan itu menentukan sejauh mana bagus atau tidak servis yang diberikan. Daripada tidak tertarik untuk menghantar anak-anak ke taska kini ia menyelesaikan masalah saya sebagai hot mama yang bekerja. Cuma taska menuntut kita berdisiplin kerana cukup masa perlu ambil anak-anak. Jika tidak bayar sahaja OT mereka.
 
Ikhlas dari Hot Mama Reen.
10:44 am
Inilah Taska Iman, rupanya sudah tujun tahun beroperasi di Bandar Puteri. Saya juga sudah tujuh tahun bermastautin di sini sejak 2005.
Playground...saya perhatikan setiap kali budak-budak bermian, pintu pagar akan dikunci (maybe takut budak-budak keluar tanpa disedari).
Inilah dia Kak Lin atau dipanggil Mak Long oleh budak2 di Taska Iman...orangnya memang banyak cakap dan susah nak stop dia bercakap setiap kali ambik anak (Aiman dalam dukungan Mak Long).
 
 
 
 
 

Wednesday, September 25, 2013

RAHSIA BEG HITAM

9.58 am

Salam...

Setelah hampir setahun 2 bulan membawa beg hitam yang pernah dikata beg pum jantung, beg mekap dan macam2 nama, hari ini saya dah tak bawa. Bukan sebab berat ataupun macam x bergaya bila bawanya (memang pun)..tapi kata orang 'time's up'...


bb Aiman masa ikut mama ke opis (balik raya hari tu)..masa ni tak de org nak jaga
Sebenarnya beg hitam itu menyimpan seribu macam kenangan. Beg hitam itu juga yang menyedut bekalan untuk diminum oleh bb Aiman. Sekarang Aiman dah hampir berusia setahun 3 bulan (lahir 12/8/12. Sejak hari pertama bekerja kembali setelah lahirkan Aiman setahun yang lalu, saya mula membawa beg itu. Walaupun pada mulanya macam tak percaya boleh BF Aiman..tetapi lama kelamaan kepercayaan diri sendiri membuatkan saya yakin.
Ramai yang macam x percaya (pada usia lewat begini) mampu untuk BF Aiman. Namun galakan ibu2 BF seperti Intan jastina, Alia, Wani dan teman-teman lain yang turut beri galakan untuk terus cuba BF aiman sehingga yang mampu. Diam tak diam hampir setahun dan sungguh saya kagum dengan pencapaian saya mampu BF Aiman hingga saat ini.

Terlalu banyak cerita di sebalik beg hitam ini. Bayangkan kita perlu sedutnya mengikut waktu yang ditetapkan. Walau sesibuk mana keperluan itu perlu diutamakan. Malah kita juga perlu minum air yang banyak dan makan yang banyak juga untuk memastikan belakan sentiasa ada. Peringkat awal menyedut, dapat juga tiga empat botol sehari, tetapi lama kelamaan satu botol dan setengah botol sahaja.

Disebabkan beg hitam itu jugalah pergerakan untuk ke tempat lain agak terhad. Sentiasa teringat belum sedut dan jika x sedut, bekalan untuk Aiman takkan ada hari itu. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Jadi nak tak nak kena juga sedut x kisah pukul berapa dan dimana. kalau nak tahu saya juga pernah sedut dalam kereta masa dalam perjalanan pergi jmenziarah ayah Rosiati Elias di Kuantan. Pernah juga singgah dimana-mana surau pusat beli belah untuk menunaikan tanggungjawab buat Aiman.

Kalau tak sedut rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap. Sebab sudah biasa lakukan pada masanya. Mujur Aiman jenis tak banyak minum so belakan so so jelah. Yang parahnya dia tak nak minum susu tepung. Maybe dia rasa tak sedap, maklum mama dia ni jenis banyak makan. Macam-macam nafsu makannya. Burger le, soto la, asam pedas, tomyam jemari, ikan bawal goreng, sup Anggerik Mall, nasi bawah kolong le dan macam-macam jenis makanan yang terasa nak makan. Pernah cuba beri Aiman susu kambing, susu soya dan pelbagai lagi jenis brand, Aiman tetap tak mahu minum. Disebabkan tak berapa kuat minum, badan Aiman kecil sahaja. Tak sampai 10 kg. Walau bagaimanapun menurut teman2 susuan, ok berat begitu disebabkan susu badan.
Dan hari ini dan seterusnya, Aiman perlu belajar minum susu tepung. Saya akan cuba memberinya susu terbaik (bukan mama yang beli, abah yang kena beli). Dia ni anak abah sebab sejak hari pertama kelahiran hingga kini, abah ada depan mata melihatnya.

Dan saya juga kena biasakan diri untuk tidak mengepam. Cukuplah dan saya harus beri peluang pada 'nafas kecil' yang berada dalam 'my tummy' ni. Untuk yang itu, saya akan fikirkan untuk memberinya BF atau tidak kerana faktor usia yang akan menjangkau ke 40-an dua tahun lagi. Semoga Tuhan memberi kekuatan untuk saya menempuh perjalanan selama '9 month' ini dengan selamatnya.

Time raya rumah Fasya Fazida...bawak anak-anak jer

Amin...

Hot Mama
10:48 am


Aiman beraya rumah Emma, ME Laman Impiana
Hepi besday Aiman 12/8..celebrate kt KG time raya hari tuh..

Tuesday, September 24, 2013

SPAGETI HOT MAMA

Morning uolsss...(dh x morning sangat pun...14:46 pm)

Sebenarnya malam tadi nak le nukil something...tapi lepas masak spageti (kesukaan anak-anak), then lipat kain yang berbakul-bakul terus lena sambil 'ngempeng' bb Aiman. Rasa ralat tidak menukilkan sesuatu dalam blog. Umpama tak pakai celak di mata, rasa tak complete rutin harian. Bila nak bangun balik, kelopak mata dah sukar untuk dibuka dan akhirnya terus lena diulit mimpi. Cuma malam tadi bb Aiman macam meragam mungkin kerana tidak selesa hidungnya disumbat lelehen hijau.

So pagi ni, terus ngadap phone dan jejari mula menulis. Sebenarnya petang semalam dalam perjalanan balik rumah, banyak ide dalam kepala dan berkira-kira mahu mencoret. Namun apa yang dirancang tak semuanya menjadi. Tuntutan sebagai ibu (hot mama le katakan) perlu diutamakan. Maklum bila sampai je rumah semua berebut nak mama dia, Mama adik nak ni (Aqil masih bahasakan diri dia adik), Mama, esok Adam nak gi rumah hantu, Mama kakak nak aiskrim dan macam-macam mama lagilah....

Tapi dalam letih tu sempat lagi masak Spageti. Cuma frust kali ni bukan spageti San Remo, tapi jenama lain yang mi dia lepas masak kecil sedikit. Saya mula belajar masak spageti ni masa duduk bujang di Setiawangsa. Ada seorang teman yang memang pakar memasak spageti dan saya mula belajar daripadanya.

Pada mulanya spageti saya masak tak berapa sedap (itu saya akui). Malah saya pernah bawak ke hospital (ketika bapak menjaga arwah mak yang sakit di HKL) untuk diberi pada bapak. Tetapi bapak suruh saya bawa balik kerana katanya mi masam. Saya cuba mencari resipi yang sedap untuk spageti ini dan akhirnya barulah saya ketemu resipi yang oh yummy sangat rasanya. Resipi ini saya belajar dari kak Mazlon (kawan kak Ruzian Mat Jan) ketika mengikut kak Yan beraya di rumahnya beberapa tahun lalu.

Setelah dicuba, resipi ini memang kena dengan tekak saya dan anak-anak terutamanya yang sulung, Syafiqa. Suka sangat jika saya memasaknya dan semalam suruh saya belajar buat spageti putih (mungkin maksudnya carbonara)...ehmmm..tengoklah mungkin saya kena cari resipi yang betul-betul sedap kerana jika tidak, malas untuk mencubanya. Bukan apa nanti jika tidak dimakan hanya akan menjadi juadah 'tong sampah'.

Jom, share resipi spageti Hot Mama yang memang sangat best dan yummy..let's do it:

SPAGETI HOT MAMA

Bahan-bahan
1 bungkus pageti San Remo - direbus dengan sedikit minyak zaiton/butter hingga benar-benar lembut
1 biji bawang Holland     }
3 biji bawang putih          }dipotong dadu (awas pakai kaca mata untuk elak mata berair
1 bungkus daging cencang segar/ daging kisar Ramly
3 batang sosej - dipotong serong
1 tin sos spageti P
rego
3-4 sudu sos lada hitam Puteri
Sedikit daun kari
Sedikit sayuran campur atau cendawang butang -
Sedikit keju kisar
Butter
Minyak zaiton

Cara-cara membuat:
1. Panaskan kuali dan masukkan butter dan minyak zaitun - lagi banyak minyak zaiton lagi sedap
2. Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun kari dan biar hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan biarkan sebati.
4. Masukkan sos percik dan gaul sebati. Kemudian barulah masukkan sos spageti prego dan kacau sebati.
5. Masukkan pula sayur campur atau cendawan butang. Biarkan hingga naik minyak dan bolehlah diangkat.
6. Hidangkan dengan spageti dan juga taburan  keju di atasnya. Siapp untuk dihidangkan seisi keluarga.

senang kan resipi Hot Mama ni...sebenarnya rahsia sedap spageti ini terletak pada sos lada hitam tu. Kombinasi sos lada hitam dan sos prego menjadikan rasanya sedikit rasa Melayu. Hehe..ibu-ibu di luar sana cubalah resipi ini. Saya gerenti anda akan menjadikan ia resipi tetap setiap bulan.


ni bukan gambr spageti Hot Mama, tapi lebih kurang begini resipinya...he3

Monday, September 23, 2013

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang...


SALAM...

Melihat jam sudah pukul 23.59...saya baru sahaja lepaskan lelah menguruskan kerja2 rumah. Dari pukul 19.20 sampai rumah, tangan tak henti buat kerja. Terus potong daging dan bukak tin sardin untuk hidangan malam. Walau daging masak kicap agak liat, tapi anak-anak terutama Aqil terus kata sedap.

Daripada memasak terus pula menidurkan baby Aiman. Biasala dia nak 'ngempeng' sebelum lena. Bukan dia je yang lena, tapi saya juga. Terasa penat hilang sekejap, tapi cepat2 tersedar abapila fikir kain belum disidai (dibasuh oleh suami), cepat-cepat bingkas bangun menyidai baju ditemani Aqil. Walaupun tak pandai budak gemok (panggilan untuknya) cuba untuk tolong sidai sehelai dua baju
Habis sidai bergegas menseterika baju sekolah anak2, baju suami dan baju saya. Setelah selesai semua barulah saya mampu melabuhkan badan di tilam yang dikongsi bersama 3 anak bujang (Adam, Aqil & Aiman). Sedang orang lain enak duilit mimpi, mata terkebil-kebil. Biasalah bila waktu bertukar ke pukul 00:00 memang sukar untuk lelapkan mata.

Jadi apa lagi melayan blog yang sudah semakin seronok untuk mencoretnya. Tak kisah ada orang baca atau tidak, yang penting kepuasan dapat menulis.

Hari ini office kecoh dengan kedatangan penyanyi kecil Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Budaknya kecil sahaja tetapi punya bakat luar biasa. Bulan sahaja pandai menyanyi tetapi juga bijak mengelabui mata kami dengan permainan silap mata.

Siapa sangka dulu dia hanya pengamen ( peminta sedekah) tetapi kini khabarnya sudah jutawan. Malah mampu menolong keluargamya dengan membeli apartment mewah di negara kelahirannya, Indonesia.

Saya kira semua orang berpeluang untuk hidup bahagia. Cuma terpulang pada setiap takdir yang Tuhan tentukan. Cuma pabila sudah berada di puncak, jangan lupa pandang yang di bawah. Kerana semuanya bermula dari akar umbi. Bersyukur dengan apa yang ada, tapi selagi bernama manusia kita tidak pernah rasa cukup.


Inilah My Aqil yang setia teman sidai baju...(kredit harijadi farhan-Miza)
Seperti saya, kalau aku kaya (bak lagu awie rafael & altimet) macam-macam dalam kotak fikiran. Berangan nak pakai beg tangan berjenama mewah, sepatu mahal ataupun aksesori hebat (PANDORA). Namun itu semua anganan yang seronok untuk dijadikan mainan dalam fikiran sebelum mata lelap. Mungkin impian akan tercapai dan diakhirnya saya akan tersenyum selebarnya.
*Mata dah nak lelap....so berhenti sini dulu....mahu berehat untuk tengah malam ini sebelum rutin harian kembali sibuk esok dan esok dan seterusnya....


Hot Mama
00:24

Saturday, September 21, 2013

September...bulan cinta


Coretan: Mama Reen

Salam...

Tatkala sedang menikmati kenikmatan cuti hujung minggu di minggu ketiga bulan September ini, saya teringin mencoret sesuatu mengenai bulan ini. Saya anggap September bulan yang sangat istimewa. Bulan ke sembilan daripada 12 bulan dalam setahun ini memberi seribu makna dan cukup beerti pada saya.

Kenapa agaknya saya kata begitu? Adakah kerana tinggal beberapa bulan lagi mahu melangkah ke tahun baru? Sebenarnya bagi saya, bulan ini dianggap sebagai bulan cinta. Ya saya perhatikan September seperti satu trend untuk pasangan mengakhiri cinta indah mereka dengan sebuah ikatan perkahwina. Lihat sahaja beberapa artis terkenal seperti Black, Faoziah Gous ( sekadar menyebut beberapa nama) yang memilih untuk berkahwin di bulan ini.

Mungkin juga masa sesuai untuk membuat majlis kenduri kerana faktor masa dan kesesuaian. Misalnya kita baru sahaja menyambut ramadhan dan syawal dan juga faktor cuaca yang sejuk dan nyaman. Ehemm..sesuai untuk aktiviti bulan madu.  Seperti seorang teman munira maria yang jug memilih September sebagai tarikh bersejarah menamatkan zaman gadisnya dan memilih pukhet sebagai destinasi bulan madu.

Saya sendiri juga memilih September untuk mengakhiri zaman bujang 12 tahun lalu. Saya senang melakukan semua persiapan untuk majlis kahwin yang diadakan di kampung,Tementi, Pahang. Teringat saat berulang-alik dari setiawangsa dan semua house untuk membuat hantaran, cenderahati tetamu dan lain-lain. Dalam pada sibuk membuat persiapan ketika itu , dunia dikejutkan dengan serangan WTC Pada 11 September dan tarikh saya bernikah pula pada 14 September 2011. Namun alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan dihadiri ramai teman-teman. Ini untungnya berkahwin awal berbanding teman-teman lain kerana mereka akan datang memeriahkan majlis ini.

Saya kira bukan saya sahaja yang memilih September sebagai bulan cinta, tetapi beberapa teman seperti Rosmah Idayu, Hasnita dan beberapa teman lain. Bulan inilah kami meraikan ulang tahun perkahwinan bersama keluarga. Tahun ini saya raikannya biasa2 saja dan tidak kisah mengenainya. Apa yang penting saya dan suami mengingati tarikh keramat ini dan masih bahagia melayari cinta kami dengan 4 cahayamata.

Semoga saya dan suami akan dapat meraikan September bulan cinta kami tahun depan dengan cara berbeza...mungkin bukan 4, tetapi 5...insya-Allah. Sama juga teman-teman lain yang turut menjadikan September bulan cinta mereka agar terus semarakkan September menjadi lebih hangat & membara...

Salam September..2013




Friday, September 20, 2013

Giler tulis blog

Salam...

Hari ini tiba-tiba macam meroyan nak tulis blog. Mungkin sebab suka menulis sejak dulu-dulu lagi. Kalau tak, takde le gigih ambik STPM sebab nak ambik course mass comm. Berangan nak belajar kat Uitm, tapi novel Sindora tulisan Shamsiam Mohd Nor menyebabkan saya bertukar angina belajar di over the sea..USM.

Pernah juga berangan nak keje kat newspaper, tapi bakal suami (ketika itu) tak galakkan sebab tahu keje kat paper macam mana. At last keje kat majalah, ok jugak dapat jumpa VIP dan juga golongan marhaian. Pernah juga berangan nak tulis novel..tapi idea je la dalam kepala..nak teruskan mungkin belum masa.

Sibuk urus empat anak dan hanya sempat berehat bila anak-anak dah tidur. Lelah dibuatnya walaupun suara dah macam petir marahkan anak-anak. Makin besar makin banyak perangai mereka. Hanya sempat curi-curi masa berFB dan tonton TV. Itupun kena tunggu hari jumaat dan esoknya cuti.

Seronok rupanya dapat tulis blog. Ibarat diari kecil kita macam dulu-dulu tapi dalam kondisi yang lebih menyeronokkan. Dulu diari kecil kita luahkan segala-galanya. Emak marah ke, gaduh dengan kawan or boyfie tak dating jumpa, semuanya diluahkan dalam buku kecil yang kadang kala ada bunga di depan. Siap tulis 'siapa baca dia berdosa' untuk menjaga privasi.

Sekarang segalanya hujung jari. Mungkin lama-lama tulis blog akan jadi habit seperti kita buka FB or twitter ataupun instagram. Cuma hot mama macam saya ni punya masa ke? He3..saya akan cuba usahakan kerana bagi saya hot mama sangat versatil..macam2 kerja boleh dilakukan dalam satu masa. Jadi kepada teman-teman ayuh kita berblogging..semoga ada coretan, pengalaman ataupun diari anda boleh jadi panduan dalam menelusuri kehidupan ini.

* tq to netty yang ajar walaupun bz...nnt hot mama belanja yer..

Selamat berhujung minggu...

REZEKI ALLAH

almost 6.30..dah nak balik..ermmm nak masak apa ye har ni..tadi ada beli daging pekasam..tapi x sure nak masak apa..hasnita agak2 masak apa daging pekasam tu..tapi takut budak2 tak makan pulak..diorg ni suka makan telur goreng, telur goreng dan telur goreng...cuma mood masak x berapa nak mari coz..ehem2...rezeki Allah...walaupun pada mulanya agak payah nak terima tapi...mama reen bersyukur...

JANJI NAROS

sangat teruja belajar tulis blog ni...sebenarnya dah lama nak belajar. teringat janji-janji pada cik naroswati aka makcik kantin ...mujur netty ah hiyer nak ajarkan...banyak benda ni nak tulis..he..he...he..apa-apapun hidup mesti vogue.....

Thursday, September 19, 2013

HELOOO


inilah mama reen yang vogue...
salam uolssss..it's me mama reen...my first word...hari ini saya belajar buat blog dari wartawan MW yang gojesss..netty ah hiyer.
 
kawan-kawan lain pun sedang tengok saya belajar buat blog....sapa lagi kalau bukan jawa tempe dan fasyafazida dan mama yang juga gojes...mama ita